.

Kita mesti membaca sirah Nabi S.A.W

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,

  • Kota Bharu, 28 Jan: Ahli Jawatankuasa Tarbiyah ISMA Kelantan, Ustaz Abdul Karim Mohamed berkata, hakikat sebenar cinta kepada Nabi S.A.W ialah kita kena sentiasa letakkan dalam hati kita rasa cinta kepada Nabi S.A.W dan menghayati sirah perjalanan Nabi S.A.W, bagi menghayati sejarah Nabi tidak hanya bergantung kepada ceramah penerangan , kita mesti membaca sirah Nabi S.A.W, sebabnya ialah kebanyakan kita mampu membaca, oleh itu cubalah sama-sama membaca kitab seperti Ar-Rahiiqul Makhtum yang ditulis oleh Safiyyurrahman Al-Mubarakfuri.


    Apa yang diubah oleh Rasulullah, Baginda mengubah aqidah umat, dari penyembahan berhala kepada mengabdikan diri kepada Allah ujarnya lagi.

    Orang yang mula-mula mengkhianati akidah arab bernama Amru bin Luhai, asalnya seorang yang beragama, apabila dia pergi ke Syam, dia tengok orang sembah berhala, dia nampak comel, maka dia bawa balik ke semenanjung tanah arab, pendek kata kebanyakan kabilah mempunyai berhala, malah disekitar mekah terdapat lebih kurang 360 berhala.

    Ustaz Abdul Karim juga menegaskan bahawa Nabi S.A.W telah mengubah manusia dari pengabdian kepada makhluk kepada pengabdian kepada Orang Yang Maha Membuat makhluk iaitu Allah Azza Wajalla.

    Jadikan Rasulullah S.A.W sebagai qudwah hasanah (pedoman kebaikan) kita semua, kita kata kita sayang pada Nabi, tetapi sejauh mana kita melaksanakan sunnah Nabi katanya lagi.

    Ustaz Abdul Karim juga turut menjelaskan bahawa asal sambutan maulud Nabi S.A.W dilakukan oleh kerajaan syiah fatimiyyah yang mengagung-agungkan Nabi secara berlebihan seperti memuja Nabi dalam bentuk menari, bercampur gaul secara bebas antara lelaki perempuan dan mereka mempunyai motif-motif yang negative untuk disemai di dalam jiwa orang Islam, walhal pada masa yang sama  mereka (syiah) mengkafirkan para sahabat, sehinggakan lahirnya imam dua belas mereka yang diiktiraf maksum seperti Nabi. Sedangkan orang yang dicintai oleh sahabat-sahabat R.A.H ialah Nabi S.A.W dan manusia yang paling dicintai oleh Nabi ialah sahabat-sahabatnya. Mereka (Syiah) tidak menonjolkan amalan-amalan para sahabat, tabi’ien, tabi’e tabi’ien sebaliknya mereka menonjolkan amalan-amalan imam-imam mereka.

    Beliau turut menegaskan bahawa ketika Solaahuddin al-Ayyuubiy datang, beliau membuang segala keburukan amalan syiah fatimiyyah, dan menghidupkan sambutan maulud dengan ceramah-ceramah tentang sirah Nabi S.A.W.

    Seramai 100 ahli jemaah turut hadir di dalam majlis sambutan maulidur Rasul S.A.W  anjuran bersama KRT Lundang dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Mukim Lundang.

    Disediakan Oleh:
    Abu Hafizoh

    Wartawan Media ISMA

    Antara ahli jemaah yang hadir:




    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net