.

Golongan Yang Mendapat Hadiah Dari Allah

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:

  • Kota Bharu, 29 Jan: Semua manusia ada kelebihan, sepertimana tukang masak, tidak belajar tinggi, tetapi pandai memasak, sebab itu tugas kita sebagai pendakwah perlu melihat kemampuan mereka yang bersama dengan kita untuk digunakan bagi mengembangkan agama Allah tegas YDP ISMA Kota Bharu, Ustaz Nik Ab Rahim Nik Abdul Aziz. 


    Cumanya, satu peringatan penting, kita tidak boleh berbangga dengan apa yang ada pada diri kita, fikrah kita dan sebagainya kerana segala apa yang ada pada kita adalah merupakan nikmat dan rahmat Allah kepada kita. Beliau berkata demikian ketika pertemuan rasmi dengan ahli teras ISMA Kota Bharu

    Beliau turut memberikan contoh yang perlu dihayati oleh para du’ah hari ini sepertimana mereka yang pergi ke masjid, kerana mereka adalah golongan yang mendapat hadiah dari Allah sebenarnya. Sebab itu alim ulama’ yang mempunyai maqam muqorrobuun, kalau mereka tidak pergi solat fardhu berjemaah, mereka akan memerhatikan dosa-dosa mereka

    Dalam soal urusan hidup dan dakwah ustaz Nik Ab Rahim menyarankan agar para pendakwah mengambil contoh yang ditunjukkan oleh ibnu Umar yang  berkata Ya Allah permudahkanlah aku kepada kemudahan, dan permudahkan segala urusanku. Hal ini katanya lagi, sama seperti Nabi Musa A.S yang berdoa kepada Allah Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku.

    Ustaz Nik Ab Rahim turut  mengingatkan para pendakwah  agar berterusan dalam melakukan amalan-amalan fardhu dan sunat. Katanya lagi, dalam urusan untuk mendekatkan diri kepada Allah, Allah telah menampakkan kepada para walinya jalan-jalan dan pintu-pintu kebaikan yang bermula dari perkara-perkara wajib dan sunat untuk dilakukan agar diri semakin dekat dengan Allah.

    Disediakan Oleh:
    Abu Hafizoh      
    Wartawan Media ISMA

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net