.

Fikrah Dan Tarbiyah Mesti Tumbuh

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,
  • Kota Bharu 6 Okt: Kunjungan setiausaha Biro Tarbiyah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) pusat, ustaz Azizi Hasan mencerahkan lagi pemahaman tanggungjawab dakwah yang mesti dipikul dan dilaksanakan oleh semua murobbi dari kalangan ahli ISMA.


    Dalam ucapannya di pejabat ISMA Kota Bharu dihadapan murobbi-murobbi ISMA beliau menegaskan bahawa kerja-kerja tarbiyyah adalah satu kerja yang cukup besar dan berat. Tugasnya ialah menghilangkan sikap negatif yang ada pada ikhwah dan menumbuhkan sifat-sifat positif pada diri ikhwah. Untuk memastikan agenda besar dapat dipacu dalam masyarakat.

    Katanya lagi, Memperkasakan agama Allah dalam diri, keluarga, masyarakat sekeliling mestilah bermula dari tarbiyah dan jatuh bangun tarbiyyah itu bergantung kepada jamaah, manakala jatuh bangun jamaah pula bergantung kepada murobbi. Murobbi adalah merupakan jantung kepada tarbiyah, beliau memetik kata-kata Sheikh Abdullah al-Qodiri ‘Ahda yang menyebut bahawa semua ikhwah adalah murobbi, murobbi adalah faktor dalaman yang cukup kuat dalam melonjakkan sesuatu jamaah. Oleh itu fikrah dan tarbiyah mesti tumbuh melalui murobbi-murobbi ISMA kerana tidak ada cara yang terbaik untuk merubah manusia kecuali dengan tarbiyah.

    Hadis setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya telah dihuraikan dengan penuh teliti oleh ustaz Azizi, beliau menyentak kesemua yang hadir tentang tanggungjawab seorang murobbi dengan hadis ini. Ianya adalah tanggungjawab agama, dakwah,  kehidupan yang melampaui dari tanggungjawab makan dan minum, malah membina dan membimbing manusia ke arah syurga memerlukan kepada kesabaran dan pemerhatian yang menyeluruh dari segenap segi kehidupan orang yang dipimpin agar tidak tersasar arah.

    Majlis yang berlangsung selama tiga jam itu turut dihadiri oleh YDP ISMA Kota Bharu, Ustaz Sharipudin Ab. Kadir, TYDP, Ustaz Nik Ab. Rahim Nik Abdul Aziz, Ketua Biro Tarbiyah cawangan, Ustaz Zaidi Muji, Ketua Biro Wanita ISMA Kota Bharu, Ustazah Wan Azilah Wan Abdullah dan semua AJK serta murobbi-murobbi ISMA Kota Bharu. 

    Disediakan oleh:
    Abu Hafizoh
    Wartawan Media ISMA

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net