Takziah untuk Saudari Hanim sekeluarga.

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in



  • Pasir Mas, 12 Okt : Takziah buat ahli ISMA daerah Hulu Langat saudari Muzaifah Hanim sekeluarga atas kembalinya ayahanda tercinta Hj. Muhtar bin Sidek ke rahmatullah. Arwah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung awal pagi tadi.

    Ketua Wanita ISMA Kelantan, Ustazah Wan Azilah Wan Abdullah dan rombongan ahli ISMA Kelantan yang lain telah menziarahi saudari Hanim sekeluarga di kampungnya, Kg. Kubang Badak, Pasir Mas Kelantan.

    Seluruh warga kerja Media ISMA mendoakan agar ayahandanya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga saudari Hanim sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.

    Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali. 




    Disediakan oleh:
    Nordie Hashim
    Wartawan Media ISMA 

    Nor Shahida Abd Gani
    Jurufoto Media ISMA 

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net