.

Majlis Sambutan Eidul Fitri ISMA Kota Bharu Meriah

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,


  • Kota Bharu, 1 Sept: Bertemakan ‘Taqabbalallahu minna wa minkum’, ISMA Kelantan mengambil peluang dalam meraikan keberkatan bulan Syawal ini menerusi Majlis Sambutan Eidul Fitri 1433H dan Majlis Graduasi Madrasah Ramadhan NAZIM Kelantan bertempat di Dewan Terbuka KRT Tanjong Chat. Seramai lebih kurang 200 orang dari ahli ISMA, PEMBINA, KRIM dan NAZIM dengan pakaian berseri-seri datang meraikan majlis tersebut.

    Ustaz Nik Ab Rahim bin Nik Ab Aziz, Timbalan YDP ISMA cawangan Kelantan dalam ucapannya berkata, “Tugas kita sebagai ahli ISMA ialah membentuk rijal berdasarkan kepada tunjang dakwah itu sendiri iaitu tarbiyyah, dengan tarbiyyahlah terjaganya aqidah, amal dan akhlak seorang da’ie. Selain itu, kita kena tarbiyyah diri sendiri seiringan dengan dakwah, aslih nafsak wadh’uu ghairak” (baiki diri kamu dan serulah yang lain). Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang diPertua ISMA Kelantan, Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir dan keluarga.



    Majlis juga turut diserikan dengan persembahan azan dan nasyid dari anak-anak NAZIM serta nasyid dari Ustaz Asyraf, warga Mesir yang mengajar di Kelantan. Kemeriahan tersebut diakhiri dengan sesi pemberian duit raya oleh pihak NAZIM kepada anak-anak NAZIM dan jamuan hari raya.

    Disediakan oleh:
    Uqbah Zaidi
    Wartawan Pelatih Media ISMA

    lagi gambar menarik di fanpage ismakelantan:

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net