.

Bangsa Melayu Di Atas Papan Catur

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:

  • Semenanjung Tanah Melayu, adalah nama terbaik untuk dikekalkan semula untuk bumi bertuah ini. Lipatan sejarah membuktikan bumi ini adalah milik orang Melayu dan agama Islam merupakan anutan mereka. Nama ini akan mengembalikan semula ingatan generasi baru terhadap perjuangan generasi silang yang telah berkorban nyawa dan harta demi maruah bangsa, agama dan Negara.


    Nama ini akan ingatkan kita kepada perjuangan barisan pahlawan dan ulamak yang telah berkorban demi kemuliaan dunia dan akhirat. Penjajah telah merubah segala-galanya, tetapi adakah kita sanggup biarkan keadaan ini berkekalan untuk selama-lamanya. Tanpa kita berusaha untuk berubah kepada acuan kita sendiri. Iaitu kembali kepada keaslian bangsa iaitu bangsa Melayu dan agama kita iaitu Islam.Kita kembali kepada kejatian diri bangsa dan agama. Jangan kita biarkan bangsa kita berada dipersimpangan getir. Persimpangan yang akan menggadai maruah kita.

    Bangsa Melayu bangsa kita merupakan majoriti penghuni di Negara ini. Kita pemilik , maka kita yang berhak menentukan halatuju Negara kita. Melayu cemerlang Islam gemilang. Melayu Sepakat Islam Berdaulat. Jangan jadikan bangsa kita diperkotak katikkan oleh orang lain yang tidak se agama dengan kita. Bangsa lain yang seagama dengan kita adalah saudara kita didunia dan akhirat. Tiada kelebihan antara kita kecuali taqwa. Marilah kita letakan jalan yang lurus untuk perjuangan bangsa kita. Jauhi bangsa kita dari persimpangan yang boleh membawa kepada kelemahan dan kehancuran.

    Senario terkini , bangsa kita tersepit dengan agenda orang lain. Walaupun mereka memperlekehkan Islam tetapi tidak mampu untuk menyanggahnya kerana kita bertahaluf dengan mereka. Sementara satu kumpulan lain pula tidak mampu untuk menegahnya kerana mereka komponen parti kita. Kedua dua kumpulan kafir meletakkan bangsa Melayu diatas papan catur. Sementara di sana ada satu kumpulan Melayu hanya melihat , mencari keuntungan peribadi yang boleh diraih tanpa ada prinsip yang jelas. 

    Sudah tiba masanya Melayu kembali bersatu dan bersepakat. Bertaubat dengan dosa yang lepas,jauhi dari kehinaan peribadi dan maksiat , kembali kepada ajaran dan akhlak Islam. Insya Allah Melayu kembali gemilang dan cemerlang dengan Islam.

    Ustaz Sharipudin Ab. Kadir
    YDP ISMA Kelantan
    Merangkap 
    YDP Majlis Syura ISMA

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net