.

Menelusuri Sejarah Pejuang Melayu Muslim

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,
  • Negeri Perak, Pasir Salak dan kawasan sekitarnya, Sememangnya mempunyai sejarah perjuangan dan kebangkitan Islam yang telah berlaku dan terjadi, sejarah tersebut menjadi mulia kerana ianya ditulis dengan titisan darah pejuang-pejuang Melayu Muslim kata Abdul Rahim Osman, salah seorang peserta Jejak Pahlawan ke negeri Perak pada 29-30 Jun baru-baru ni.

    Jejak Pahlawan anjuran bersama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kelantan dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Kelantan itu telah mendapat layanan penuh mesra dari pihak pengurusan ISMA negeri Perak.







    Rata-rata peserta begitu terkejut dengan sejarah negeri kota yang terdapat di dalam negeri perak yang berada di bawah takluk kerajaan Siam Islam dahulu. Adapun Thailand adalah negeri yang berlainan dari kerajaan Siam Islam yang memerintah ketika itu. 

    Menurut saudara Azrul Fadzli bin Abdul Azih dari Konsultan Akademi Ikatan Muslimin (AIM Training & Consultancy)  kebanyakan sejarah yang terjadi di negeri Perak ini tidak ditulis secara terperinci. Sedangkan sejarah kegemilangannya memperjuangkan tanahair, agama, bangsa dan negara amat besar. 

    Lihat sahaja contoh bagaimana 50 orang Melayu Muslim ketika itu mengatur strategi untuk membunuh J.W.W Birch kafir laknat dengan satu lontaran tombak yang dilontar oleh Pandak Endut adalah sebagai satu pengisytiharan perang antara Muslimin dengan kafirin tidak termaktub secara terperinci di dalam buku sejarah katanya lagi.

    Walaupun selepas itu, Pandak Endut, Dato' Maharaja Lela dan pejuang Melayu lainnya ditangkap, tetapi para pahlawan Melayu yang memilih hidup mulia atau mati syahid itu tidak pernah mengalah dan terus tetap hati di atas jalan kebenaran tanpa ada sedikitpun riak-riak pembelotan dan pengkhianatan tegasnya lagi.

    Disediakan Oleh:
    Abu Hafizoh
    Wartawan Media ISMA

    Sila layari FB ISMA Kelantan untuk melihat gambar-gambar kenangan Jejak Pahlawan di

    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=289555747809178&set=a.289554771142609.59318.100002642656240&type=3&theater

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net