.

Pulau Perhentian Menggamit Pendakwah

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: , ,


  • Kuala Besut , 6-7 Julai: Rehlah ini adalah sebagai persediaan jiwa untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-mubarak, ianya juga akan diisi dengan program yang berbentuk kejiwaan, santai, memancing,  ziarah dan tafakkur kata Mohd Razib Abdul Rahim salah seorang peserta "Jom Memancing" anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kelantan dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Kelantan sebelum menaiki bot menuju ke Pulau Perhentian.

    Kelihatan TYDP ISMA Kelantan merangkap pengarah program "Jom Memancing" sedang memberi taklimat kepada semua peserta.

    Program yang berlangsung selama dua hari satu malam itu disertai oleh 12 orang peserta dari pelbagai latar  belakang. 

    Menurut saudara Mansor Osman, program "Jom Memancing" ini benar-benar memberi keinsafan kepada saya terutamanya ketika membuat ziarah ke Pulau Perhentian Besar dan bertemu dengan Encik Bidin atau terkenal dengan panggilan Pok Din dikalangan anak muda pulau yang menceritakan suasana kehidupan masyarakat pulau dan keperluan mereka kepada guru al-Quran, guru Agama dan pendakwah untuk membimbing masyarakat ke arah pengabdian diri kepada Allah. 

    Bidin atau Pok Din ketika ditanya oleh wartawan media ISMA adakah anak-anak yang bermain bola dihadapan ini boleh mengucap dua kalimah syahadah?

    Jawabnya, memanglah boleh disebabkan terdapat guru yang mengajar di sekolah rendah Pulau Perhentian ini, tetapi fikirlah sendiri, siapa yang akan membimbing mereka? Guru hanya mengajar di sekolah. Tiada guru Agama, tiada guru al-Quran yang hendak membimbing mereka diluar waktu persekolahan.

    Manakala ketika ditanya berkaitan puasa, adakah anak-anak dan masyarakat pulau ini berpuasa pada bulan Ramadhan? Jawabnya, Malah nok berlawok (malas nak tipu) mereka hanya kenal hari raya jah (sahaja). Ini katanya kerana segala yang datang ke sini adalah atas nama projek, tiada atas nama Islam. 

    Bidin atau Pok Din 60 tahun, adalah merupakan generasi ketiga penduduk Pulau dan juga pengerusi masjid Pulau Perhentian Besar.

    Bidin atau Pok Din dua dari kanan, manakalah tiga dari kanan pula ada saudara Mansor Osman

    Sementara itu saudara Hanis Sarnuddin pula berkata; program ini amat bermakna bagi diri saya kerana berkesempatan bersama dengan anak Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat yang juga merupakan TYDP ISMA Kelantan.

    Disediakan oleh: 
    Abu Hafizoh

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net