Tragedi Di Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,
  • Satu perkara yang mengejutkan dan mengecewakan bila unsur-unsur syiah dipamerkan dan cuba ditimbulkan fahaman tersebut secara terbuka, ruang kebebasan yang telah diberikan kepada pengusaha-pengusaha perniagaan ini telah dicabuli oleh segolongan manusia yang cuba mengambil kesempatan dengan menyebarluaskan kefahaman syiah sekaligus mencemar nama dan kerajaan bumi Serambi Mekah. 

    Bahkan mereka ini sanggup mengeluarkan belanja yang cukup besar untuk cuba mengganggu gugat pegangan akidah ahli sunnah wal jamaah yang menjadi amalan asal penduduk tanah serendah sekebun bunga ini. 

    Oleh itu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kelantan dengan sekeras-kerasnya menolak sebarang bentuk penyebaran fahaman yang bertentangan dengan akidah Islam yang suci ini. Sesungguhnya fahaman syiah yang telah menyusup masuk secara rahsia sebelum ini, kini telah cuba merobek kefahaman Islam yang sahih di  dalam dada dan jiwa umat islam di bumi melayu ini khususnya dengan cara mencabar dan terang-terangan.

    Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kelantan juga amat bersetuju dengan kenyataan dan arahan yang telah dikeluarkan oleh pejabat Menteri Besar Kelantan agar semua bahan berunsur syiah diturunkan serta merta.

    Pihak Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kelantan juga mengharapkan siasatan wajib dibuat terhadap dalang disebalik kejadian itu seberapa segera mungkin. Sebarang tindakan undang-undang hendaklah tidak dikesampingkan agar perkara sebegini tidak berlaku dan tidak bertapak lagi di bumi Malaysia tercinta.

    Abu Hafizoh
    Wartawan Media ISMA



    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net