.

Amanah Di Sebalik Peristiwa Israk Mikraj

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Peringat, 19 Jun: Masjid adalah satu institusi yang amat penting bagi kita umat Islam, kerana ketika di dalam peristiwa israk pun Nabi Muhammad S.A.W memulakannya dari masjid (Mekah), Singgah di Madinah, singgah di bukit Sinai, dan seterusnya berhenti solat di masjid Al-Aqsa, menjadi imam kepada para Nabi sebelum di Mikrajkan ke langit, ini bermakna, mikrajnya juga bermula dari masjid, kata AJK Tarbiyah ISMA Kelantan, Ustaz Abdul Karim Mohamed di dalam ceramah Israk Mikraj malam kelmarin.

    Gambar Hiasan (Kelihatan di dalam gambar ini ialah perdana menteri Palestin, Ismail Haniyyeh mengimamkan  solat hari raya bersama penduduk Gaza, Murobithuun)

    Majlis tersebut adalah rutin tahunan yang diajurkan oleh Masjid Abdul Rahman bin 'Auf , Taman Desa Rimbunan selepas solat maghrib berjemaah.

    Beliau turut menekankan akan kepentingan tiga bumi Islam tersebut, iaitu Mekah, Madinah dan Palestin dengan katanya, mana-mana bumi yang ada kaitan dengan Islam maka bumi tersebut menjadi mulia, begitu juga dengan penduduknya. 

    Turut diketengahkan juga peristiwa yang diperlihatkan oleh Allah kepada Nabi di dalam mikrajnya seperti, segolongan ahli neraka yang menghantuk-hantukkan kepala ke batu besar disebabkan mereka meninggalkan solat, segolongan pula menggunting lidah-lidah mereka sendiri kerana sentiasa mengumpat, segolongan pula memakan daging mentah diri sendiri kerana berzina, terdapat juga golongan wanita yang digantung buah dadanya kerana tidak menutupnya dengan betul ketika di dunia dahulu. 

    Majlis yang berlangsung selama satu jam 30 minit itu diakhiri dengan sentuhan khas berkaitan dengan Negara Palestin yang merupakan bumi mikraj Nabi S.A.W ke Sidratul Muntaha bertemu Allah Azza Wajalla menerima perintah solat secara terus tanpa hijab. 

    Disediakan Oleh; 
    Abu Hafizoh 
    Wartawan Media ISMA

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net