.

Melayu Sepakat Islam Berdaulat di terima oleh sebahagian umat Islam Malaysia

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Sedutan daripada kertas Tahaluf Majlis Syura Ulama PAS

    " Daripada apa yang disebutkan oleh Ibnu Khaldun di atas, jika kepentingan umat Islam dalam konteksMalaysia dapat direalisasikan dalam bentuk hak-hak ketuanan Melayu justeru pada hari ini bangsa Melayu adalah Islam, maka ketuanan Melayu perlu dipertahankan dan dijaga. Ini bertujuan menjaga kepentingan umat Islam di sebalik Melayu, dan bukan menjaga Melayu itu sendiri.

     Ini kerana, apabila Melayu sudah murtad, keluar daripada Islam atau meninggalkan Islam, maka ketuanan Melayu sudah tidak relevan untuk dipertahankan. Realiti Melayu itu bukan sahaja dilihat kepada realiti UMNO yang seratus peratusnya adalah Melayu,tetapi realiti ini juga harus di lihat kepada realiti PAS dan keahliannya, di mana keahlian PAS hampir seratus peratus adalah Melayu yang mendokong Islam. Jika mempertahankan ketuanan Melayu itu dengan maksud dapat menjamin hak umat Islam, maka ia perlu dipertahankan dalam konteks dan realiti Malaysia hari ini.Mempertahankan kaum yang diharamkan oleh Islam yang dikenali sebagai Asabiyyah tidak termasuk di dalam kategori ini. Kerana definisi asabiyyah itu ialah menolong kaum sendiri sekalipunatas dasar kezaliman. Sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
    Maksudnya:  Asabiyyah itu ialah kamu menolong kaum kamu atas dasar kezaliman.

    Tidak dinafikan, jika Islam dan syariatnya menjadi sistem dalam negara, maka isu Hak KetuananMelayu atau Bumiputera tidak lagi relevan untuk dipertahankan, justeru sistem Islam itu menjamin hak semua pihak. Tetapi kita bercakap tentang realiti, tentang hakikat dan tentang
    waqi hari ini, dimana sistem Islam tidak dilaksanakan, realiti di mana hak umat Islam boleh tergugat. Maka dalam realiti sebegini, jika dirasakan Hak Ketuanan Melayu dapat menjadi Himayah kepada kepentingan umat Islam, maka ia perlu dipertahankan, bukan kerana Melayu, tetapi kerana Islam di sebaliknya."

    Gagasan Melayu Sepakat Islam Berdaulat yang dibawa oleh ISMA sebenarnya telah diterima oleh sebahagian besar ummat Islam di Malaysia. Maka perancangan  dan perlaksanaan kearah tersebut perlu digarapkan lagi oleh semua samada NGO, parti politik, individu dan lainnya. Ketepikan kepentingan individu jika sekiranya ada demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara. Kesalahan dan kecacatan yang lalu perlu diketepikan tetapi dimuhasabah dengan jujur dan ikhlas agar kembali kepangkal jalan. Apa gunanya kita harapkan non muslim membela Islam bersama kita sedangkan  muslim yang menduduki bumi Malaysia hampir 70 % . Kembalikan semula jatidiri mereka sebagai penganut Islam yang sejati. Insya Allah akan kembali gemilang.

    YDP ISMA Kelantan
    merangkap
    YDP  Majlis Syura ISMA

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net