.

Jadikan Mesir sebagai negara Islam dan Arab

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in



  • Sedutan daripada perisytiharan sokongan Gerakan Salafi Mesir kepada calun presiden dari Ikhwan Muslimin, Dr Mursi.

    Barisan Salafi juga meminta Dr Mohd Mursy agar memelihara identiti negara Mesir sebagai negara Islam dan Arab, Syariah Islamiah sebagai sumber utama undang-undang negara dan menyelamatkan Mesir dari pemerintahan diktator menjadi negara keadilan, kebebasan dan berinstitusi serta memelihara hak-hak dan kebebasan umat Islam dan bukan Islam di setiap lapisan masyarakat

    Dr Mursi mesti memelihara identiti negara Mesir sebagai negara ISLAM DAN ARAB. Agenda agama dan bangsa diutamakan. Mereka bercakap agenda Islam dan Arab kerana bangsa Arab yang menjadi tonggak kepada Islam di Mesir. Bangsa Arab perlu memikul tanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan Islam.Bukan menjadi assobiah jahiliah untuk memberi amanah agama kepada bangsa.

    Begitu juga dalam kontek negara kita Malaysia. Beri amanah yang besar kepada bangsa Melayu untuk menjaga dan pertahankan agama kerana majoriti bangsa Melayu beragama Islam. Tanpa kita menapikan penglibatan bangsa lain bersama kita untuk menjaga Islam. Wahai bangsa Melayu ambil Islam ini dengan penuh kekuatan , serahkan jiwa ragamu kepada Islam. Kemuliaan kamu akan tercapai dengan amanah ini.Serulah mereka dari pelbagai bangsa bersama kamu untuk pertahankan Islam kerana mereka juga saudara kamu dalam Islam.Tiada beza kamu dan mereka disisi Allah kecuali taqwa.

    Adakah ini dinamakan asobiah jahiliah.

    YDP Isma Kelantan
    merangkap
    YDP Majlis Syura Isma Malaysia

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net