.

Bersih - Bersihkan pegangan ummah

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in

  • Ada pendapat kata, kenapa tak sokong Bersih, ianya halalan tayyiba. Jangan pandang serong kepada niat Ambiga. Ianya bertujuan untuk bersihkan proses pilihanraya. Mudah-mudahan dengan bersihnya pilihanraya. Pimpinan yang naik semuanya bersih. Bersih dari awal hingga hujung. Bersih biasanya dibaratkan sebagai kain putih, kalau dibersihkan maka akan dikatakan BERSIH LAGI PUTIH HINGGA TERBAU KEBERSIHANNYA.

    Dalam kontek situasi politik Malaysia , Bersih boleh diterjemahkan dalam pelbagai pengertian. Dengan Bersih mungkin ianya proses untuk melunturkan jatidiri umat Islam. Bersihkan aqidah, bersihkan akhlak. Kenapa tidak. Ada orang mengatakan kita bersama Ambiga kerana inginkan pilihanraya bersih. Salah ke Ambiga tolong perjuangkan keinginan kita. Kalau tuntutan kita berjaya. Maka kerajaan yang menerajui negara akan bersih. Katanya Ambiga hanya tolong kita. Ambiga tolong jayakan kehendak kita. Maka kita mesti bersamanya, berjihad bersamanya. Dan hukumnya wajib.

    Tanpa dipersoalkan, adakah setakat itu sahaja cita-cita Ambiga. Penat lelah uruskan Bersih. Ke hulu hilir , tak kan tak ada sesuatu ganjaran untuknya. Maka diceritakan alkisah, tuntutan Ambiga ialah kerajaan Bersih mesti tunaikan hak-hak kebebasan manusia LGBT dan seksualiti. Maka terjadilah Ambiga telah dapat bersihkan nilai-nilai jatidiri umat Islam. Bersih telah dapatkan bersihkan aqidah dan akhlak umat Islam. Bersih telah dapat bersihkan syariat Islam dari ilmuan Islam kerana bermacam-macam fatwa dikeluarkan agar menyokong kempen Bersih.

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net