.

Rehlah Pantai Tarbawi April ’11 perkasakan ukhuwah

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:

  • Tumpat, 24 April; Sebuah program rehlah anjuran ISMA Kelantan telah diadakan dengan jayanya di Pantai Sri Tujuh, Tumpat. Program ini yang lebih berkonsepkan santai telah berjaya disertai oleh sekurang-kurangnya 25 orang yang terdiri daripada kanak-kanak sehinggalah golongan dewasa.

    Program bermula pada pukul 8.30 pagi dengan riadhah bola pantai., dan dua pasukan telah dibahagikan untuk perlawanan. Berlantaikan pasir pantai yang lembik, ia sebenarnya memberi satu cabaran buat para peserta untuk bermain – menyepak bola dalam suasana panas matahari dan meletihkan.

    Selesai perlawanan, program diteruskan dengan perkongsian oleh Ustaz Abdul Karim yang menyentuh tentang kehebatan seorang mujaddid Islam, Khalifah Umar Abdul Aziz yang wajar diambil iktibar oleh semua. Beliau telah menceritakan secara ringkas tentang kehidupan khalifah serta jasa-jasanya terhadap Islam yang telah meninggikan keunggulan martabat Islam pada ketika itu.

    Beliau turut menekankan bahawa untuk mewujudkan kembali masyarakat yang cintakan Islam, kita perlulah mengikuti akan apa yang telah dilakukan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz sepanjang hidupnya dan menjadikannya sebagai ikon dakwah.

    Program diakhiri dengan jamuan ringkas sebelum bersurai pada pukul 12.00 tengahari. Semoga program ini bukan sekadar untuk santai semata-mata, bahkan lebih dari itu – menyemai nilai ukhuwah.




    Media ISMA Kelantan.


    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net