KRIM Kelantan anjur program "Jom Masak-Masak Iron Chef"

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,
  • Kota Bharu, 22 April; Buat julung kalinya, Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Kelantan telah menganjurkan sebuah program "Jom Masak-Masak Iron Chef" yang bertempat di Masjid Abd Rahman bin Auf,Taman Desa Rimbunan Peringat. Program yang bermotifkan pendedahan kepada remaja tentang asas memasak ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 30 orang peserta perempuan.

    Program ini bukan sekadar melatih kemahiran, malah mempersiapkan remaja menjadi seorang anak yang soleh dan isteri yang solehah di masa hadapan.

    Di awal program, satu pengisian telah diberikan kepada peserta oleh Saudari Rogayah Derasit. Pada kesempatan itu, beliau telah menekankan kepada para paeserta tentang hikmah disebalik bahan-bahan masakan yang Allah ciptakan.


    Antara acara yang paling dinantikan oleh para peserta ialah cara belajar memasak laksa penang –sejenis makanan yang agak popular namun untuk memasaknya, ia memerlukan minat dan kemahiran yang tinggi. Ia sebenarnya menuntut kesungguhan dan kesabaran yang jitu.

    Program yang penuh meriah ini bersurai ketika waktu zohor menghampiri. Semoga ia memberi manfaat dan pengajaran yang berguna buat para peserta. Tahniah.

    InsyaAllah pada masa akan datang, KRIM –Kelantan akan memperbanyakkan lagi program yang mempersiapkan remaja untuk berdepan dengan cabaran di masa hadapan.





    Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net