Tahniah Buat ISMA Pusat Dan Aman Palestin

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:

  • Seluruh Ajk dan ahli ISMA negeri Kelantan mengucapkan ribuan tahniah buat rombongan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Pusat dan Aman Palestin Berhad yang telah berangkat ke Syria baru-baru ini "11 April" bagi memenuhi undangan Pergerakan Pembela Islam (HAMAS) ke sana.

    Turut serta di dalam rombongan tersebut ialah Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman selaku Presiden ISMA dan juga Pengerusi Eksekutif Aman Palestin serta rombongan dari Malaysia yang telah diundang untuk bertemu Khalid Mishaal, Ketua Biro Politik HAMAS dan anggota-anggota Pejabat Biro Politik HAMAS yang lain.

    Pihak ISMA Kelantan mengharapkan hubungan baik dan pertalian erat ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan mengajak seluruh ahli dan pendokongnya agar terus memberi sumbangan untuk rakyat Palestin secara berterusan melalui ISMA dan Aman Palestin.

    Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net