.

Tahniah rakyat Mesir!

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,



  • Solat jumaat pada minggu ketiga demontrasi yang menyaksikan
    kejatuhan seorang diktator yang memerintah bumi Mesir secara kuku besi

    Seluruh AJK dan ahli ISMA Kelantan mengucapkan jutaan tahniah yang tidak terhingga buat rakyat mesir di atas kejayaan mereka menjatuhkan ketua rejim diktator Mesir Mubarak.

    Sorakan kemenangan daripada rakyat

    "الله أكبر الله أكبر ولله الحمد، الله أكبر كبيرًا والحمد لله كثيرًا" itulah takbir yang berupa takbir hari raya yang dilaungkan oleh rakyat mesir bilamana Mubarak meletakkan jawatannya sebagai presiden Mesir secara rasmi semalam Jumaat 11/02/11.

    Rakyat Mesir kini telah berjaya
    membebaskan diri mereka dari belenggu kekejaman

    YDP ISMA Kelantan ketika dihubungi pihak media berkata, "kesungguhan para pemuda-pemudinya, sistem demontrasinya yang tersusun, bekalan makanan yang disalurkan serta kawalan keselamatan yang baik dari pihak rakyat mesir sendiri telah menatijahkan satu bentuk protes damai yang cukup unik. Ini menunjukkan iltizam diri para pemuda-pemudi Islam di sana di dalam demontrasi ini terhadap hukum suci Tuhan dan juga sunnah Rasul serta amalan salafussoleh memberi satu gambaran yang cukup indah tentang cita-cita mereka untuk hidup dengan penuh kedamaian dan ketenangan di bawah satu pemerintahan yang menunaikan hak-hak rakyat dan yang bersangkutan dengannya".

    Berakhirnya sebuah pemerintahan seorang diktator

    Bagi mereka, tanah bumi warisan serta bangsa yang mempunyai kemuliaan tidak layak berada di bawah pemerintahan kuku besi yang memenjarakan imam-imam, lepasan universiti yang mempunyai ijazah sarjana, sarjana muda, professor, pendakwah, doktor, petani dan peladang, di mana mereka yang disebutkan tadi sebenarnya adalah merupakan golongan pejuang kepada tanah bumi sendiri, merekalah sebenarnya pendidik kepada generasi yang telah membuat protes damai walaupun mereka yang terdiri dari golongan awwalun itu telah mengalami siksaan didalam penjara, dihukum gantung sehingga syahid, dan begitulah juga dengan darah yang mengalir di dalam demontrasi ini telah menjadi laknat kepada orang-orang yang zalim.

    Beribu tahniah untuk kalian wahai rakyat mesir yang tercinta. Kalian adalah cita-cita ummah, jalan yang dipilih oleh kalian adalah jalan kebebasan yang sesuai dengan fitrah manusia, semoga kemenangan ini memberikan hasil yang cukup baik untuk ummat arab dan Islam.

    Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net