Takziah Buat Dr Mahana Sidik

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,
  • Jeli 15 Feb: Seluruh warga kerja yang terdiri dari YDP dan AJK ISMA Kelantan serta ahli mengucapkan takziah kepada AJK ISMA Kelantan Dr Mahana Binti Sidik diatas pemergian ayahandanya kerahmatullah pada jam 6.00 pagi Selasa. Ayahandanya telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sains Universiti (HUSM) Kubang Kerian. Jenazah telah selamat solatkan pada jam 2.00 petang dan disemadikan di kg Air Lanas Jeli.

    Ucapan البقاء لله ini juga ditujukan buat mantan NYDP ISMA Kelantan ustaz Othman Muhamad di atas pemergian mertuanya ini. Semoga Allah menggolongkannya di dalam golongan orang-orang yang diterima amalannya serta ditempatkan bersama para Nabi, siddiiqiin, syuhada' dan soolihiin.

    إنّا لله وإنّا إليه راجعون Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali. (al-Baqarah 156) Kalimat ini dinamakan kalimat istirjaa (pernyataan kembali kepada Allah). Disunatkan menyebutnya waktu ditimpa marabahaya baik besar maupun kecil.

    Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net