.

Dialah Pembawa Obor Kemuliaan

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,
  • Ustaz Khairul Anuar Bin Ibrahim
    Aktivis ISMA Kelantan

    Sememangnya kedatangan seorang Nabi dan penutup bagi segala Rasul itu ditunggu-tunggu oleh seluruh umat arab ketika itu, umat yang ketandusan iman dan kemuliaan, dan selepas kelahirannya, sewaktu masih kecil, ketika dalam perjalanan ke bumi Syam, bapa saudaranya bertemu dengan Buhaira, seorang rahib di bumi Syam ketika itu di mana beliau telah melihat tanda "khotamun nubuwwah" di belakang Nabi lantas berkata kepada Abu Talib (bapa saudara Nabi) yang membawa Nabi bersama untuk menjalankan urusan perniagaan ketika itu dengan katanya "pulanglah kembali ke bumi Mekah kerana aku bimbang Muhammad akan dibunuh oleh yahudi".

    Demikianlah sedikit sedutan kisah seorang Nabi yang telah diceritakan oleh Ustaz Khairul Anuar ketika ditanya tentang saat Rasulullah S.A.W di bumi Syam bersama bapa saudaranya. Beliau turut menegaskan dendam kesumat yahudi terhadap Islam sejak dahulu lagi. Mereka sanggup membunuh para Nabi dan menidakkan kebenaran Deen ini. Oleh itu ayuhlah bersama-sama kita menelusuri sirah Rasulullah S.A.W dengan mengkaji sejarahnya dan berpegang teguh dengan seruan suci itu.

    Ustaz Abdul Karim Mohamed

    Manakala Ustaz Abdul Karim Mohamed Setiausaha Biro Pembangunan Sumber Manusia (PSM) ISMA Kelantan berkata bahawa "sifat Nabi terhadap orang kafir dan orang mukmin itu cukup berbeza" sebagaimana firman Allah yang berbunyi: محمّد رّسول الله, والّذين معه أشدّاء على الكفّار, رحمآء بينهم, تراهم ركّعا سجّدا يبتغون فضلا مّن الله ورضوانأ, سيماهم في وجوههم مّن أثر السّجود, (سورة الفتح 29) Maksudnya: Muhammad itu utusan Allah, dan orang-orang yang bersamanya bersangatan tegas terhadap orang-orang kafir, berkasih sayang sesama mereka (mukmin), kamu lihat mereka sentiasa rukuk dan sujud mengharapkan kurniaan daripada Allah dan keredhaanNya, tampak pada wajah-wajah mereka dari kesan-kesan sujud".

    Beliau turut menekankan kepentingan umat ini kembali kepada kemuliaan melalui dua perkara, iaitu memantapkan iman dan memperkasakan ukhuwwah dikalangan orang mukmin. Oleh itu, menjadi kewajipan kita umat Islam mengambil berat tentang dua perkara tersebut.

    Semoga sambutan bulan kelahiran Rasulullah S.A.W ini memberi pengajaran dan makna yang besar serta mendalam kepada kita semua.

    Media ISMA Kelantan


    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net