.

Program Motivasi Ayuh Solat tarik remaja sekitar Kelantan

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: , ,

  • Kota Bharu, 3 Februari: Program Motivasi Ayuh Solat anjuran KRIM Kelantan telah berlangsung dengan jayanya bertempat di dewan seminar Perpustakaan Awam Dar Nur Az-Zahra’, Telipot. Biarpun dalam kehangatan cuti Perayaan Cina, program ini telah berjaya menarik seramai 39 orang peserta dari kalangan remaja di sekitar Kelantan untuk menyertai program sedari awal jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari.

    Pada majlis perasmian, setiausaha KRIM Kelantan iaitu saudara Razib Abdul Rahim telah memberikan ucapan perasmian untuk program tersebut. Dalam ucapannya, beliau menerangkan kepada peserta akan kelebihan solat dalam membentuk akhlak remaja hari ini yang amat dikenali dengan rosak nilai moralnya. Beliau turut meletakkan harapan agar para peserta sentiasa mengikuti program-program yang disusun KRIM untuk masa akan datang.

    Slot pertama yang dikendalikan oleh Ustaz Zabidi telah menyentuh soal ‘Solat Mengubah Akhlak Remaja’. Beliau yang merupakan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Jeli telah membawa minda para peserta menelusuri kegemilangan zaman remaja terdahulu yang hebat, dan ia terjadi dengan terjaganya solat mereka. Maka tebentuklah akhlak yang dikagumi.


    Saudara Aiman Bistamin (Gambar atas) yang merupakan seorang jurutera petroleum di Petronas carigali Sdn. Bhd., Kerteh pula telah mengendalikan slot kedua yang diberi tajuk ‘Aku Remaja Muslim Hebat’. Di dalam slot ini, beliau menerangkan ciri-ciri kehebatan sebenarnya seorang remaja muslim iaitu taqwa. Bukan dengan kekayaan, kemasyhuran, kekuatan atau seumpamanya. Kekuatan latar belakang beliau turut menjadi pembakar semangat untuk para peserta menjadi remaja muslim yang hebat.

    Menilai reaksi para peserta, rata-ratanya memberikan respon yang positif dan berharap agar KRIM mengadakan lagi program sebegini dan lebih terbuka kepada semua remaja. Program diakhiri dengan penyampaian sijil dan sesi fotografi. Tahniah semua!

    Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net