.

KRIPT '11 - Piala ukhuwah itu lebih berharga

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: , ,
  • Kontinjen ISMA Kelantan.

    Kota Bharu: Karnival Riadhah ISMA zon Pantai Timur (KRIPT) yang telah berlangsung selama sehari pada 22 Januari yang lalu telah menyaksikan kejuaraan keseluruhan tidak berpihak kepada kontinjen dari Kelantan. Dua kontinjen yang dihantar Kelantan iaitu wakil dari ISMA dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Kelantan hanya berjaya memenagi dua acara daripada tiga acara yang dipertandingkan iaitu sepak takraw (ISMA) dan bola tampar (PEMBINA).

    Namun begitu, disebalik kekalahan tersebut sebenarnya tersembunyi sebuah piala yang jauh lebih bernilai iaitu piala ukhuwwah. Sebuah nilai yang amat berharga dan ia takkan mampu dibeli dengan wang ringgit.

    Ini adalah antara yang dinyatakan oleh Ustaz Muhammad Al-Hadi sewaktu memberi semangat kepada pasukan PEMBINA Kelantan ketika bertanding.

    "Nilai ukhuwwah antara kita sebenarnya jauh lebih berharga dari nilai kemenangan pertandingan", katanya.

    Beliau turut menasihati agar sentiasa beristighfar walaupun ketika menang mahupun kalah.

    Walaupun begitu, secara keseluruhannya perlawanan adalah seimbang. Untuk kategori lelaki, juara keseluruhan pertandingan berjaya dirangkul oleh kontinjen Tok Gajah (Pahang) manakala kontinjen Kemaman (Terengganu) memenangi piala YDP. Bagi kategori wanita pula, juara keseluruhan dimenangi oleh Wanita ISMA Kelantan.

    Insyallah, ISMA Kelantan akan menjanjikan kelainan untuk KRIPT edisi seterusnya dan memastikan kemenangan akan berpihak kepada ISMA Kelantan!




    Media ISMA Kelantan.

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net