Takziah Buat YDP ISMA Kelantan

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,

  • 27 Nov; Takziah Ustaz, itulah yang mampu diucapkan oleh AJK dan ahli ISMA Kelantan kepada Ustaz Sharipudin Ab. Kadir sekeluarga atas pemergiaan bondanya yang tersayang. Berita kematian dilaporkan dalam jam 11.50 minit malam (sabtu malam ahad).

    Menurut Ustaz Sharipudin, bondanya meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, dan akan di bawa pulang ke Kuala Kubang, Besut, Terengganu, (Jalan menuju ke Lata Belatan). Solat jenazah insyaAllah akan ditunaikan pada pagi ini.

    Kepada mana-mana kenalan dan juga rakan dakwah Ustaz Sharipudin yang ingin menghubungi beliau boleh membuat panggilan di talian berikut 013-9393451

    Tidak ada perkara lain yang boleh diucapkan kepada Ustaz Sharipudin sekeluarga dan ahli-ahli waris Al-Marhumah melainkan sebagaimana yang telah diajarkan oleh oleh Allah swt melalui RasulNya di dalam Hadis, “Inna lillahi ma akhaz, wa lahu ma a’tho. Wa kullu syai’in indahu bi ajalim musamma. Fasbir wala tahtasib” (Milik Allah apa yang Dia ambil. MilikNya jua apa yang Dia beri. Tiap sesuatu punya tempoh tertentu disisiNya. Bersabarlah dan harapkan ganjaran Allah atas kesabaranmu itu” (Hadis Takziah). “Al-Baqa’ lillah” (Sesungguhnya kekal itu hanyalah Allah swt semata-mata). Rujukan : Majmu’ah Ar-Rasail Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna.

    Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net