MABIT Umum ISMA Bersama Masyarakat

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Peringat 15 April - Bertempat di Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Taman Desa Rimbunan Peringat, Malam Bina Iman Dan Taqwa (MABIT) bersama masyarakat telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat setempat.

    Saat zikir

    Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan diteruskan dengan kuliah maghrib dengan tajuk "taubat" yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Al-Hadi Bin Muhamad, Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia (HRD) ISMA Cawangan Kota Bharu.

    Beliau turut menyentuh keadaan hidup manusia pada masa dulu dan sekarang serta membuat kesimpulan tentang tindakan yang sepatutnya dilaksanakan oleh semua hadirin. Beliau turut mengaitkan dengan ayat-ayat al-Quran dan hadith yang berkaitan dengan ayat-ayat taubat serta orang-orang zalim.

    Seterusnya majlis diteruskan dengan solat isya' berjemaah dan jamuan makan yang disediakan oleh penduduk setempat. Sesi makan bersama berlanjutan sehingga jam 10.30 malam berselang seli dengan taaruf dan sembang ceria.

    Pada jam 5.02 pagi, solat tahajjud jamaie sebanyak 4 rakaat dan witir satu rakaat telah dilaksanakan dengan penuh khusyuk oleh semua yang hadir. Dari sekecil-kecil anak sehingga setua-tua orang lama. Sementara menunggu subuh, masa berbaki selama 10 minit telah diisi dengan tazkirah yang berfokus kepada lelaki-lelaki yang mengalir air matanya kerana mengingati Allah telah disampaikan oleh Ustaz Saufi Abd Aziz, AJK Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Kelantan.

    Majlis diteruskan dengan solat subuh berjemaah, bacaan zikir mathurat dan majlis ilmu yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Karim Mohamed AJK ISMA Cawangan Kota Bharu, bertajuk "al-Ghodhob" (Marah) dan berakhir dengan jamuan ringan (nasi goreng).

    Pada jam 9.00 pagi, semua yang telibat di MABIT mengikuti program riadhah mingguan (futsal) bertempat di Jalan Pintu Geng Kota Bharu. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

    Media ISMA Kelantan

    Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam oleh pihak Media ISMA Kelantan

    Anak kecil turut serta

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net