MABIT KRIM bersama Puteri SMK Kamil

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,

  • Pasir Puteh: 9 April - Dalam membentuk jiwa pelajar-pelajar sekolah yang kini makin layu dibuai keseronokan hidup tanpa batasan, Kelab Remaja ISMA Kelantan telah mengambil inisiatif mengadakan Program Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT) di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil. Motto MABIT kali ini ialah "Mantapkan Iman, Suburkan Ukhuwwah".Imbang PenuhSeramai 114 orang peserta terdiri daripada pelajar asrama puteri (aspuri) telah mengikuti program ini dengan jayanya. Turut dibentangkan di dalam program ini ialah pembentangan ceramah oleh Dr. Nurul Izza Binti Yunus yang bertajuk "Akhlak dalam kehidupan ".

    Sejurus selepas ceramah, program diteruskan dengan aktiviti berkumpulan. Peserta di uji sejauh mana EQ dan IQ mereka. Keesokan harinya semua peserta telah bangun seawal 4.30 pagi lagi untuk mengabdikan diri kepada Allah. Jiwa-jiwa peserta disentuh dengan melakukan qiam, zikir, istighfar dan sebagainya secara bersama-sama.

    Seterusnya program diteruskan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Cik Nafidah Binti Daud yang bertajuk "Mudahnya Mengeluh, Sukarnya Bersyukur" dan solat subuh berjemaah. Program ini diakhiri dengan riadhah pagi.

    Moga program seperti ini akan dapat melahirkan peribadi seperti Khadijah Binti Khuwailid, Fatimah Binti Muhammad Rasulullah S.A.W, Aisyah Binti Abu Bakar, Rabiah al-Adaawiyyah, Asma' Binti Abu Bakar dan lainya.

    Media ISMA Kelantan


    Berikut adalah sedikit sedutan gambar sekitar MABIT KRIM Akhawat Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net