Seminar Bedah Buku: Kumpulan Risalah Hassan Al-Banna

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Kota Bharu: 17 April - Bangunan Pustaka Az-Zahra' yang terletak dibelakang pusat membeli-belah Billion, Kota Bharu, menjadi saksi bisu atas semaraknya program-program dakwah dan pertemuan-pertemuan yang diatur oleh berbagai organisasi (NGO) untuk memberi kefahaman dan kesedaran terhadap Deen Islam yang suci ini. (Tahniah untuk Pustaka Az-Zahra')

    Jika sebelum ini Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Kelantan telah melaksanakan liqa' JKP dan AJK negeri (mengikut yang terdapat di laman web http://pembinakelantan.com/) maka pada kali ini bangunan ini sekali lagi digunakan oleh ISMA Kelantan untuk mengkaji kehebatan kitab Majmu' Rasail yang telah ditulis sendiri Mujaddid kurun ini Al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna Rahimahullah.

    Ustaz Abdul Karim Bin Mohamed

    Ustaz Abdul Karim Bin Mohamed (AJK ISMA Kelantan) selaku penceramah utama pada hari itu memulakan pembentangan beliau pada jam 9.30 pagi dengan pengenalan tentang (Hayah Al-Banna) kehidupan Al-Banna sejak lahir hinggalah menemui syahid ditangan orang-orang yang zalim.

    Pada sesi kedua beliau menyambung pembentangannya yang bertajuk Dakwatuna dan mengaitkan bicaranya dengan senario dai'e pada hari ini. Persoalan-persoalan yang berbentuk ilmiah diajukan secara bersahaja oleh beliau kepada semua hadirin yang hadir. Sesungguhnya pertemuan seperti ini amat dirindui oleh para dai'e dan dai'eyah di dalam persediaan diri untuk bertemu Allah Azza Wa Jalla.

    Majlis berakhir pada jam 12.00 tengahari dan semua yang hadir dari kalangan ikhwah dan akhawat dijemput untuk melawat pejabat ISMA Kelantan yang baru berhampiran dengan pusat membeli belah Billion.

    Media ISMA Kelantan

    Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam oleh pihak Media ISMA Kelantan


    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net