.

Aktiviti Riadah Mingguan ISMA Kelantan

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:



  • Kota Bharu, 11 Disember – Bertempat di gelanggang futsal Pintu Geng, ISMA Kelantan telah menganjurkan aktiviti riadah hujung minggu antara ahli dan masyarakat di sini. Seramai 45 orang peserta termasuk belia dan kanak-kanak telah menyertai riadah ini sebagai menyahut sabda Rasul “Mukmin yang sihat itu adalah lebih baik dan lebih disukai Allah berbanding mukmin yang lemah”.

    Sepak mula yang bermula pada pukul 9.15 pagi menyaksikan perlawanan antara empat pasukan yang berentap melalui kumpulan yang telah dibahagikan. Menghampiri jam 11 pagi, wisel penamat berbunyi menandakan perlawanan telah berakhir. Sebelum bersurai, para peserta dihidangkan dengan sedikit pengisian ringkas yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Al-Hadi Muhamad selaku setiausaha Biro Pembangunan Sumber Manusia (HRD) ISMA Kelantan.



    Ustaz Mohd Al-Hadi



    Unit Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net