.

MABIT Siri Disember

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:


  • Peringat, 17 – 18 Disember : Malam Bina Iman dan Taqwa atau ringkasnya MABIT ISMA Kelantan untuk edisi Disember/09 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Masjid Abdur Rahman bin Auf. Seramai 34 orang termasuk kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar telah sama-sama menyertai program hingga ke penghujungnya.

    Program dimulai dengan slot pengisian pada malam Jumaat selepas solat Isyak,dan disusuli dengan sesi perkumpulan iman sebelum melelapkan mata.

    17 Disember , peserta bangun seawal jam 4.30 bagi menunaikan solat sunat tahajjud secara berjemaah. Sekitar lima minit sebelum berkumandangnya azan Subuh, tazkirah zikrul maut menyusul bagi menyegarkan kembali jiwa-jiwa para musafir di jalan kembara dakwah. Tazkirah ini disampaikan oleh Ustaz Zulkarnain Ahmad.


    Di antara kata-kata beliau yang menarik ialah; “ Manusia di dunia ibarat sedang beratur menanti giliran untuk mengeluarkan wang di mesin ATM, dan mesin itu umpama sebuah ajal kematian, menanti setiap nyawa yang akan dipisahkan dari jasad. Bukan semua buah kelapa tua yang akan gugur sahaja, kadang-kadang yang muda itu gugur mendahului yang tua kerana ia tidak boleh dijangka”.

    Selepas solat subuh, Ustaz Faisal Abdullah meneruskan program dengan penyampaian tazkirah. Sejurus itu peserta dijamu dengan sarapan pagi sebelum diakhiri dengan aktiviti riadah mingguan bertempat di gelanggang futsal United Futsal, Pintu Geng di Kota Bharu.

    Ustaz Faisal



    Unit Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net