YDP ISMA Kelantan dan Ketua KRIM Kelantan ke Acheh

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in


  • ( Gambar dari akhbar Rakyat Acheh, dari kiri berdiri Ustaz Wan Hisham dari ISMA Malaysia ,Ustaz Sharipudin YDP ISMA Kelantan, wakil Yayasan Ar Raudhah dan Encik Razib Ketua Kelab Remaja ISMA Kelantan)


    Pada 28 Nov 2009 , Ustaz Sharipudin bin Ab. Kadir (YDP ISMA Kelantan) dan Encik Mohd Razib bin Ab. Rahim ( Ketua KRIM Kelantan) bersama dengan ISMA Pusat yang diketuai oleh Ustaz Wan Hisham bin Wan Embong dan Yayasan Ar Raudhah Malaysia telah bertolak ke Acheh untuk menghantar qurban dari rakyat Malaysia kepada faqir miskin di Acheh.

    Mereka bertolak ke Medan jam 7 malam dengan Air Asia dan seterusnya ke bandar Lhokseumawe, Acheh dengan bas pada malamnya dengan memakan masa selama lebih kurang enam jam. Di bandar Lhokseumawe mereka menginap di rumah anak Yatim Ar Raudhah . Rumah anak yatim ini dikenali dengan nama Yayasan Pondok Yatim Ar Raudhah, Blang Weu Panjoe, Lhokseumawe , Acheh.

    Rumah anak yatim ini merupakan rumah anak yatim kelolaan ISMA Malaysia dan Yayasan Ar Raudhah. Sebanyak 14 ekor lembu dan 20 ekor kambing telah disembelih untuk dibahagikan kepada anak yatim dan faqir miskin .

    Upacara korban ini berlangsung selama tiga hari bermula hari pertama idul adha hingga tiga hari berikutnya. Menurut Ketua Yayasan Pondok Yatim Ar Raudhah Blang Weu Panjoe, Lhokseumawe, Encik Hamdani haiwan qurban ini merupakan bantuan dari pelbagai pihak terutamanya dari Yayasan Ar Raudhah Malaysia, ISMA Malaysia dan PKPU Lhokseumawe.

    ( Siri seterusnya akan disusuli dengan beberapa aktiviti rombongan ISMA dengan anak-anak yatim sepanjang tiga hari berada di sana dan lawatan ke tempat berlakunya tsunami pada hari akhir lawatan ke Acheh. Mudah-mudahan dengan sedikit paparan kesan tsunami dari Banda Acheh ini akan memberi kepada kita pengajaran yang bermakna. TUNGGU PAPARAN SESI AKAN DATANG)

    Unit Media Isma Kelantan.




    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net