.

MABIT Wanita ISMA Kelantan (November)

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: , ,


  • Gunong, Bachok 19 - 20 Nov - Biro Wanita ISMA telah mengadakan program bulanan iaitu 'Malam Bina Iman & Taqwa' dengan jayanya. Program ini telah disertai 10 orang dikalangan ahli Wanita ISMA Kelantan bertujuan memantapkan keimanan individu muslim, merapatkan ukhuwah sesama muslim dalam melahirkan masyarakat rabbani.

    Program ini bermula pada pukul 7 malam (Khamis) sehingga pukul 9.00 pagi (Jumaat). Pada sebelah malam program diisi dengan pengisian fiqh wanita yang bertajuk "Taharah" yang disampaikan oleh Puan Asmariah Ibrahim. Pengisian ini bertujuan memperjelaskan lagi pentingnya fiqh dalam menjalani kehidupan kita seharian. Malam tersebut diakhiri dengan tilawah al-Quran sebelum melelapkan mata.

    Di awal pagi Jumaat, program diisi dengan qiamullail secara berjemaah. Kemudiannya diteruskan dengan tazkirah bertajuk " Tokoh terbilang Usamah bin Zaid" yang disampaikan oleh Pn. Raihanah Yusof. Tazkirah mengenai tokoh ini merupakan satu contoh untuk kita teladani dalam menyusuri jalan kehidupan ini.

    Program ini diakhiri dengan sarapan pagi bersama.

    Biro Wanita dan Keluarga,
    ISMA Kelantan.

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net