.

ISMA Kelantan Anjur Program Derma Darah Bersama PEMBINA

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:

  • Kota Bharu: Tanggal 21 November 2009, ISMA Kelantan bersama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dan dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) telah menganjurkan sebuah program derma darah bertempat di Pusat Dagangan Kota Bharu (KBTC), Kota Bharu. Program yang bermula seawal jam 11.30 pagi di aras utama bangunan itu memperlihatkan reaksi positif daripada masyarakat terhadap usaha murni ini.

    Mengikut statistik yang dibentangkan oleh pihak Unit Transfusi Darah HUSM, kami dimaklumkan bahawa hanya lebih kurang 15 peratus sahaja tabung darah di hospital tersebut adalah yang diterima daripada penderma-penderma Muslim. Selebihnya adalah darah yang disumbangkan oleh individu dan badan-badan yang bukan beragama Islam. Hal ini, walaupun pada zahirnya tidak kenampakan sebenarnya akan memberi kesan kepada penerima darah yang rata-ratanya adalah muslim.

    Mengambil inisiatif ini, para ahli ISMA Kelantan telah sama-sama turun padang untuk memberi sokongan terhadap usaha ini dan seramai 37 orang ahli secara sukarelanya telah mendermakan darah mereka. Sepanjang berlangsungnya program, pihak kami mendapat maklumbalas yang menggalakkan daripada orang ramai. Beberapa orang pelajar sekolah menengah turut kelihatan mendaftarkan diri untuk menjadi sebagai sebahagian daripada penderma darah.


    Menurut Ustaz Ahmad, 38, seorang imam di Masjid Telipot berkata,”Sememangnya usaha murni sebegini patut diadakan memandangkan tabung-tabung darah di hospital hari ini ‘dikuasai’ oleh penderma-penderma bukan Islam. Sepatutnya Umat Islam mendahului orang-orang non-Muslim dengan mengambil serius terhadap perkara ini dan bukan hanya menjadi sebagai penerima darah sahaja.”

    Ulas beliau lagi, masyarakat muslim hari ini seharusnya tidak lagi memberi gambaran negatif atau berasa takut untuk menderma darah kerana ia bukan sahaja dianjurkan oleh Islam malah memberi kebaikan kepada kesihatan individu. “Untuk merealisasikannya NGO-NGO Islam seperti ISMA dan PEMBINA harus menggandakan usaha untuk menarik masyarakat ke arah matlamat ini,” jelasnya.


    Bagi Nafidah bt. Daud, salah seorang penderma darah pada program itu yang juga sebagai ahli Wanita ISMA Kelantan memberi komen, “Alhamdulillah, dengan pendermaan darah ini semoga hati-hati pesakit muslim berasa bahagia sepertimana bahagianya hati kita (Muslim)”

    Program berakhir pada pukul 3.00 petang. Terima kasih diucapkan kepada semua tenaga gerak kerja yang telah berungkus lumus bagi memastikan kelancaran program hingga ke akhirnya. Semoga daripada program ini akan terlahirlah kesedaran di hati masyarakat untuk mendermakan darah mereka sebagai salah satu menifestasi sumbangan usaha terhadap umat Islam secara khusus.


    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net