MABIT Siri November/09

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,

  • Peringat, 19-20 November : ISMA Kelantan telah menganjurkan program Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT) bertempat di Masjid Abdur Rahman bin Auf, Taman Desa Rimbunan, Peringat dengan kerjasama AJK masjid tersebut. Kehadiran peserta seramai 37 orang yang terdiri daripada remaja, belia, dewasa dan kanak-kanak memeriahkan dan mengimarahkan lagi program berbentuk bulanan ini.


    Hujan yang berterusan di musim tengkujuh ini tidak menggugah semangat dan tekad para peserta untuk mengikutinya hingga ke akhir program. Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Karim merasmikan majlis program, sebelum diteruskan dengan Isyak berjemaah dan kisah sahabat selepas solat yang disampaikan oleh Ustaz Hadi. Pada malam hari, para peserta diberikan tugas untuk membaca surah pilihan sebelum melelapkan mata.


    Sepertiga malam ketika sejuk mencengkam tulang, para peserta bangun untuk menunaikan Tahajud Fardi dan disusuli dengan Tahajud Jamaei. Solat ini yang dianjurkan Rasulullah bukanlah sekadar ibadah malah ia turut memberi kesan yang positif dari aspek fizikal dan mental kepada sesiapa yang melakukannya. Sejurus itu, slot tazkirah atau dikenali sebagai Sentuhan Iman disampaikan oleh Ustaz Othman Muhammad merangkap Timbalan Yang Di Pertua ISMA Kelantan. Menerusi tazkirah itu, beliau menekankan akan kesyukuran terhadap Pencipta alam iaitu Allah yang Maha Besar. Secara logiknya apabila dihitung nikmat Allah itu kita akan dapati ianya adalah terlalu banyak tidak terkira dan adalah mustahil untuk sesiapa membalasnya, maka jalan terbaik adalah bersyukur.


    Program tersebut turut diisi dengan bacaan ma’thurat, tazkirah subuh dan sedikit jamuan sarapan pagi sebelum diakhiri dengan riadah futsal yang bertempat di gelanggang Real Seven Futsal, Pasir Tumboh.


    Tazkirah Subuh oleh Ustaz Faisal.


    Para hadirin khusyuk mendengar.


    Menunaikan ketaatan kepada Rabb.


    Futsal sebagai acara penutup.





    Unit Media ISMA Kelantan.

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net