.

Seminar Penghayatan Ramadhan

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:


  • Puasa bererti menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari…


    Kota Bharu: 21 Ogos yang lepas pihak Biro Wanita dan Keluarga ISMA Kelantan telah menganjurkan sebuah seminar penghayatan Ramadhan yang bertempat di Pusat Pengajian Mawaddah, Wakaf Bharu. Program ini dihadiri oleh seramai 54 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan wanita pusat pengajian tersebut. Seminar tersebut yang dikendalikan oleh Puan Mailan Mat Nawi, seorang pensyarah Politeknik Kota Bharu cukup memberi kesedaran kepada peserta yang hadir.

    Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi itu bermula dengan pembentangan slide hakikat manusia diciptakan dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah yang menjadi intipati utama seminar.

    Puasa yang diwajibkan sekali setahun juga merupakan sebahagian manifestasi kesyukuran manusia terhadap Rabbnya. Bertepatan firman Allah Taala;“Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku.” Akhirnya, tepat pada pukul 12 tengah hari program bersurai.



    Sedutan gambar ihsan dari AMAN PALESTIN Berhad Malaysia

    Seminggu berikutnya iaitu 28 Ogos bersamaan 7 Ramadhan 1430h, Biro Wanita dan Keluarga ISMA Kelantan sekali lagi menganjurkan seminar tersebut yang bertempat di Pusat Pengajian Mawaddah cawangan Paloh, Tumpat. Untuk kali ini, program ditumpukan kepada kaum ibu melalui ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Rohana Yahaya.

    Tazkirah tentang kelebihan-kelebihan di bulan Ramadhan menyuntik semangat para hadirat untuk merebut peluang taqwa di bulan penuh keberkatan ini. Beberapa persoalan yang diutarakan oleh kaum ibu turut dibincangkan oleh penceramah dalam program itu. Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi itu berakhir pada pukul 10.30 pagi.

    Semoga kedatangan Ramadhan kali ini memberi kesedaran kepada kita sebagai umat Islam untuk meningkatkan amalan taqwa sebagai tanda syukur kepada Allah Robbul Izzati.“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa…”. (QS: Al-Baqarah 183)

    Unit Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net