.

Bertemu Kembali

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Selamat pulang dari percutian buat semua ahli ISMA Kelantan. Seminggu berpisah, terasa bagaikan sudah terlalu lama tidak bersua bertemu, apatah lagi datang bertamu, semuanya dek kerana urusan keluarga masing-masing. Sememangnya berhari raya bersama keluarga, sanak saudara akan menambahkan lagi rasa mekar di jiwa, membibit rasa cinta, membuatkan ibu ayah dan keluarga tersenyum bangga.

    Gambar Hiasan

    Masakan tidak, kepulangan anak tercinta berhari raya bersama kali ini penuh dengan cerita puasa ramadhan, dari tahajjud, sahur, solat jemaah, al-Quran, zikir mathurat, berbuka, tazkirah, taroowiih, iktikaf dan lain-lainnya. Betapa bangganya ayah bonda melihat anaknya yang semakin jauh berubah ke arah ketaatan diri kepada ALlah, jika dahulu, si ayah dan si ibu hanya menadah doa mengadu dan merayu agar anaknya tergolong di dalam golongan anak soleh, kini mereka menarik nafas lega, anakandanya jauh dari yang disangka, jauh dari benak minda, bila pulang berhari raya kali ini, berkongsi cerita seribu makna, dari bumi Palestin hingga ke tanah China.

    Bila sampai waktunya, bila tiba ajalnya... anak ini akan terus mendoakan aku jua... bisik lemah ayah bonda di benak hati tuanya. Tahniah buat semua yang berusaha menjadi anak soleh/ah. Tetap teguhlah di atas jalan ini kerana kenyataan di atas tadi hanya sekelumit cuma, sekadar menghilang resah jiwa, menghibur rindu duka nestapa atas perpisahan sebentar cuma.

    Salam Eidul Fitri 1430H sekali lagi buat semua

    Ketua Unit Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net