.

Jamuan Hari Raya Eidul Fitri ISMA Kelantan

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:

  • Kota Bharu: 3 Oktober, ISMA Kelantan turut tidak ketinggalan untuk merakamkan keberkatan Ramadhan dan anugerah Syawal menerusi Majlis Terbuka Aidilfitri 1430H yang dianjurkan bertempat di Mawaddah Inn, Kota Bharu pada hari Sabtu bersamaan 03 Oktober 2009. Seramai 120 jemputan yang terdiri daripada muslimin dan muslimat telah hadir bagi memeriahkan majlis ini.

    Syeikh Abdul Rahman
    ketika memperdengarkan ayat-ayat iman

    Seawal pukul 9.30 pagi majlis dimulai dengan alunan merdu al-Quran yang diperdengarkan oleh Syeikh Abdul Rahman, imam terawih Ramadhan dari Kaherah, Mesir. Seterusnya majlis diiringi dengan tazkirah serta ucapan ringkas daripada Timbalan YDP ISMA Kelantan, Ustaz Othman Muhammad.

    YDP ISMA Kelantan
    Ustaz Sharipudin Abd Kadir ketika berucap

    YDP ISMA Kelantan, Ustaz Sharipudin Abdul Kadir turut berucap sebelum merasmikan majlis hari terbuka tersebut. Memetik ucapan beliau, beliau menyatakan bahawa Aidil Fitri adalah bulan untuk mengembalikan manusia kepada fitrah setelah selesai menduduki bengkel Ramadhan yang lalu. Fitrah manusia adalah kembali kepada Tuhannya dan Ramadhan adalah sebagai sebuah persiapan untuk mendepani ujian nafsu di bulan-bulan yang lain.

    “Manusia ini umpama sebuah kereta dan Ramadhan adalah bengkel yang membaiki segala kerosakan yang ada padanya, tidak hanya pada tempat tertentu, tidak juga pada sebahagiannya sahaja, bahkan keseluruhannya dibaiki untuk memastikan kerosakan-kerosakan yang akan datang dapat diatasi,” kata beliau.

    Ustaz Sidek Mamat ketika
    mempersembahkan alunan nasyid


    Jamuan

    Dif - dif jemputan dan tetamu yang hadir

    Di kemuncak majlis, alunan nasyid dipersembahkan kepada hadirin dan hadirat oleh Syeikh Abdul Rahman dan Ustaz Sidek Mamat dengan nasyid yang berjudul ‘ Ukhuwwatul Islam’. Sejurus itu, para hadirin menikmati jamuan yang disediakan oleh pihak penganjur serta sedikit kuih raya sebagai melengkapi majlis raya tersebut.

    Unit Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net