.

Eid Mubarak - Tahniah Buat Mujahidin

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Hari ini adalah hari ketiga ummat Islam di Malaysia menyambut Eidul Fitri 1430H. Selamat menyambut hari raya fitrah dari saya untuk semua. Semoga segala amal... Segenap pengorbanan dan ketaatan diri pada Allah adalah milik semua mujahidin.

    Ya, Mujahid di dalam berpuasa, membaca al-Quran, solat jemaah, solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu, tahajjud, dhuha, terawih, witir dan iktikaf 10 akhir... Sekalung tahniah untuk mujahidin yang menyiapkan dirinya dengan amal itu tadi... Tidak dilupakan juga amalan lain yang mengukuhkan lagi hubungan rapat sekalian mujahidin dengan Allah Azza Wa Jalla.

    Gambar hiasan

    Sejarah ummat terdahulu yang begitu hebat... mengharungi puasa Ramadhan dengan suasana perang dan berdakwah (mengajak diri dan manusia sekitarnya) kepada Allah s.w.t wajar di pandang serius, kerana bulan barakah yang telah berlalu ini mengajar seribu erti kehidupan dan hubungan... hubungan manusia dengan Allah, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Qiyaamah, dan Qodho' Qodar. Sesungguhnya Ramadhan yang berlalu adalah bulan asuh diri dan bulan membina baathiiniyyah ummat dalam mengharungi 11 bulan yang akan datang.

    Sememangnya bulan merubah diri ini mengajar erti yang pelbagai kepada setiap insan beriman, (khususnya kepada sekalian Mujaahidiin) ia melalui pelbagai bentuk tarbiyyah (bimbingan) yang sesuai dengan tahap keimanan, ketaqwaan dan ketaatan diri kepada Allah Robbul 'Alamiin. Tahniah buat mereka yang beroleh kelebihan malam lailatul Qodar, tahniah buat mereka yang penuh sabar menghadapi segala mehnah (ujian) dan ranjau duri pujuk rayu hawa nafsu. Sesungguhnya sijil taqwa telah disediakan oleh Allah Azza Wa Jalla buat mereka yang layak.

    Ayuh sekalian Mujaahidiin...!!! masuklah kalian ke dalam syurga melalui pintu ar-Rayyan yang dikhususkan untuk mereka yang berpuasa. Sememangnya kalian layak memasuki pintu ini kerana ianya hanya dikhususkan untuk mereka yang suci jiwa, bersih hati, tinggi taqwa dan benar puasanya.

    Buat rakan-rakan Mujaahid di sekitar Baitul Maqdis (al-Aqsa)... kehidupan kalian sepanjang Ramadhan dicemburui kami... Kalian bersahur dan berbuka dengan bedilan peluru hadiah dari musuh durjana. Tetapi kalian masih tersenyum bangga kerana dianugerahkan nikmat berpanjangan, manis kehidupan di dunia dan akhirat (insyaallah) tanpa hisah dari Allah Azza Wa Jalla. Teruskan perjuangan untuk membebaskan tanah warisan pusaka Nabi dan Rasul. Kalian adalah duta kami... Dan kami akan tetap meneruskan sumbangan kami untuk kalian melalui doa, sumbangan derma dan segalam macam bentuk yang kami mampu. Tahniah dari kami untuk kalian...

    Moga kita semua dapat bertemu di syurga Tuhan...

    Kullu 'Aam Wa Antum Aqrobu ILaLlah

    Taqobballallahu Minna Wa Minkum

    Eid Mubarak 1430H

    Sumber: http://citaimpian.blogspot.com/

    Unit Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net