.

Seminar Motivasi Muslim Cemerlang

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,



  • Kota Bharu, 24 Julai 2009 - Alhamdulillah, KRIM Kelantan dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah menganjurkan satu program berbentuk motivasi dikenali sebagai Motivasi Muslim Cemerlang. Program berbentuk seminar yang dikhususkan untuk para pelajar ini bertempat di Sekolah Menengah Mahmud Mahyidin, Pasir Pekan, Kelantan. Seramai 79 orang peserta dari kalangan pelajar perempuan telah mendaftarkan diri bagi menyertai program ini, yang menjadikan surau sekolah berkenaan sebagai lokasi program.

    Puan Mailan merangkap ahli ISMA yang merupakan seorang pensyarah telah memulakan program dengan sesi ceramah yang bertajuk Min Aina Ila Aina. Slot ini mengupas tentang kehidupan insan yang melalui alam ruh, alam rahim, alam dunia dan alam barzakh sebelum diakhiri dengan alam Akhirat. Sejurus itu, program berhenti rehat selama 15 minit sebelum disambung kembali menghampiri waktu 12.30 tengah hari.

    Antara input yang juga disuntik melalui sesi ceramah ini ialah 3 persoalan utama iaitu dari mana kita datang? untuk apa tujuan diciptakan? dan ke mana kita kembali selepas ini?

    Ceramah disampaikan oleh Puan Mailan


    Video dan gambar-gambar yang diselitkan di dalam ceramah ini membuatkan para peserta berasa seronok dan lebih menghayati.

    Program berhenti rehat seketika untuk memberi laluan solat zohor dan makan tengahari.

    Para peserta yang hadir


    Pada sebelah petang pula, kami teruskan dengan slot LDK yang berkisarkan dengan tajuk ceramah ’Min Aina Ila Aina’. Melalui aktiviti ini, peserta dibahagikan mengikut kumpulan dan diberi tugasan untuk membentangkan tajuk ceramah dalam bentuk lakonan.

    Usai sahaja, peserta melalui slot Renungan Kendiri bertujuan menanamkan kesedaran di dalam diri peserta mengenali diri dan hakikat kehidupan.Program ini berakhir dengan majlis penutup yang dirasmikan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin.




    Disdiakan oleh,
    Kelab Remaja ISMA Kelantan.

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net