.

MABIT KRIM (Perempuan)

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,



  • Kota Bharu, 16-17 Julai 2009 - Kelab Remaja ISMA cawangan Kota Bharu telah mengadakan MABIT ( Malam Bina Iman Dan Taqwa ) untuk anak-anak ahli ISMA bertempat di Tadika Mawaddah Kg. Sireh, Kota Bharu. Program ini bermula pada petang Khamis dan berakhir pada tengahari Jumaat keesokan hari. Kehadiran peserta adalah seramai 14 orang dan 7 orang fasilitator.

    Program bermula dengan solat Maghrib dan Isya' berjemaah diikuti dengan slot taaruf. Dalam slot ini peserta diberi tugasan iaitu masing-masing perlu berkenalan dengan semua orang yang ada dalam program tersebut, diikuti dengan satu permainan ice breaking iaitu'cuba teka siapa saya?'.

    Sepertiga malam berlalu, peserta dikejutkan dari mimpi indah untuk melakukan ketaatan pada Ilahi melalui qiamullail secara berjemaah. Seterusnya solat Subuh didirikan sebelum diteruskan dengan bacaan zikir Al-mathurat beramai-ramai dan Tazkirah.

    Menjelang pagi, aktiviti riadah diadakan dengan permainan futsal dan kembara ke sungai Kelantan, di samping bertujuan melihat dan berfikir akan kekuasaan Allah melalui keindahan alam ciptaan-Nya. Sungai ini yang menjadi sungai utama di Kelantan terletak kira-kira 500 meter dari lokasi program.

    Semoga program ini dapat membentuk jatidiri ke arah muslimah yang sejati. Insya-Allah.

    Disediakan oleh,
    Kelab Remaja ISMA Kelantan.

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net