.

Kursus Persediaan Menyambut Ramadhan 1430H

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:

  • Kota Bharu:
    14 Ogos '09, bertempat di pustaka zahra', Kursus Persediaan Menyambut Ramadhan bagi tahun 1430H telah berjaya dilaksanakan. Kursus yang bermula pada jam 9.10 minit pagi ini dimulakan dengan bacaan ayat-ayat puasa oleh saudara Ubaidah Zaidi.

    Seterusnya pendedahan hukum hakam puasa berserta soal jawab spontan telah disampaikan dengan penuh teliti oleh ustaz Abdul Karim Mohammed. Majlis berhenti rehat seketika pada jam 10.15 pagi untuk memberi ruang kepada peserta menjamah sedikit kudapan ringan dan berkenal-kenalan sesama mereka.

    Ustaz Abdul Karim Mohammed
    ketika membuat pembentangan hukum-hakam puasa

    Majlis diteruskan dengan penyampaian "Semarak Ramadhan Semarak Taqwa" oleh ustaz Mohd Al-Hadi bin Muhamad. Ustaz Hadi pada permulaan bicaranya menyentuh sedikit ingatan iman tentang H1N1.

    Ustaz Mohd Al-Hadi Muhamad
    Ketika pembentangan persediaan menyambut ramadhan dan hikmah puasa

    "Sebenarnya H1N1 adalah bala' dari Allah yang diturunkan kepada manusia. Punca utamanya ialah sifat manusia itu sendiri yang tidak mengambil berat segala perkara yang telah diterangkan oleh agama itu sendiri, sebagai contoh, batuk atau bersin, menurut kajian sains, kuman akan berterbangan sejauh 8 meter (16 Kaki), tetapi menurut seorang pensyarah di universiti al-Azhar ketika dulu pernah menyebut bahawa kuman boleh terbang kesan daripada batuk dan bersin ialah sejauh 15 kilometer mengikut hembusan angin.

    Sebab itulah Islam mengajar manusia supaya menyebut alhamdullillah apabila bersin dan batuk. Manakala saudara yang berada dihadapannya hendaklah menyambut dengan bacaan yarhamukallah (Moga Allah menyembuhkan kamu).


    Ustaz Hadi turut menyentuh beberapa perkara yang tidak diambil berat oleh ummat sekarang ini, antaranya ialah, solat lima waktu yang menunjukkan manusia ini sebenarnya perlu membersihkan dirinya sekurang-kurangnya sebanyak 5 kali sehari, membaca doa ketika masuk tandas kerana di situlah tempat syaitan dan kuman berkumpul, membaca doa bila keluar dari tandas agar kuman dan syaitan tidak ikut serta.


    Begitu juga ketika hendak tidur hendaklah dikibas tempat pembaringan tersebut sambil membaca ayat Qursi dan bacaan 3 Qul serta doa tidur supaya diri terhindar dari hasutan syaitan dan daripada kuman bertapak. Juga doa ketika hendak masuk ke pasar kerana di situlah tempat kotor yang dipandang ringan oleh ramai manusia hari ini."

    Demikianlah sedikit kalam mukaddimah ustaz Hadi sebelum meneruskan pembentangan tentang persediaan menyambut ramadhan. Moga ramadhan kali ini akan meningkatkan iman, taqwa dan ketaatan diri kita semua pada Allah.

    Allahumma Ballighna Ramadhan... Ya Allah Sampaikanlah kami pada bulan ramadhan agar dapat kami meningkatkan amal soleh dan amat taat semata-mata mengharapkan wajah-Mu Yang Maha Mulia.

    Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dari Unit Media ISMA Kelantan.

    Unit Media ISMA Kelantan


    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net