.

Motivasi Muslim Cemerlang di SMK Kamil

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,


  • Pasir Puteh, 30-31 Julai - Motivasi Muslim Cemerlang menjengah siri seterusnya dengan tempat yang difokuskan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamil, Pasir Puteh, Kelantan. Program ini dikhususkan untuk para pelajar sekolah tersebut yang tinggal di asrama. Seramai 82 orang pelajar perempuan menjadi peserta dan seramai 11 orang dari kalagan ahli ISMA dan KRIM menjadi fasilitator program. Tumpuan utama diberi adalah untuk menyedarkan para remaja (peserta) dari arus leka kebejatan moral hari ini dengan penekanan ke arah gaya hidup Islam.


    Program ini dimulakan dengan pengisian yang disampaikan oleh Ustazah Wan Azilah Bt. Wan Abdullah, merangkap ketua Wanita ISMA Kelantan dengan tajuk dipilih ' Min Aina Ila Aina '. Seterusnya, sesi 'Renungan Kendiri' yang mengungkap sejarah hidup silam, mencongak sejauh manakah ekspresi diri dalam mengingati ALLAH dan menterjemahkan ia dalam perilaku harian. Sesi ini bertujuan melahirkan keinsafan dan kesedaran dalam diri peserta.

    Pada awal keheningan sepertiga malam, peserta bangun untuk melakukan qiamullail. Selesai solat subuh, Cik Sala telah menyampaikan tazkirah yang bertajuk 'MALU'. Seterusnya, aktiviti senaman pagi mengambil tempat dikendalikan oleh Cik Shahida, dimulakan dengan regangan dan 'TAI -CHI', sebelum diteruskan dengan permainan 'SELAMATKAN IMAN ' Program ini di akhiri dengan majlis penutup dan salam wida'.

    Pengsian oleh Ustazah Wan Azilah

    Qiamullail dan Tahajud

    Aktiviti Senaman


    Disediakan oleh:
    Kelab Remaja ISMA Kelantan.

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net