Ungkapan Terima Kasih

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:

  • Terima Kasih: Sebuah penghargaan ringkas tapi penuh makna bila seseorang mendapat sesuatu pemberian dari seorang kawan, kenalan atau keluarga. "Terima Kasih" adalah ucapan tindak balas secara spontan yang biasanya terpacul kedengaran dari seseorang yang menerima pemberian dari orang yang dikenali atau tidak diketahui.

    Sememangnya ungkapan "Terima Kasih" perlu diberi penekanan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Ianya adalah ungkapan yang penuh makna dan mampu mengikat kasih mesra antara seorang anak dengan ibu bapanya, keluarganya, masyarakat sekeliling dan mereka yang sentiasa bersama dengannya.

    Gambar Hiasan

    Seterusnya bila anak tadi mula membesar, ianya akan dihormati dan disanjungi dikalangan rakan taulan dan orang yang berada disekelilingnya. Itulah salah satu kesan kebaikan yang terpapar di mata masyarakat kita hari ini.

    Tetapi anak muda hari ini sudah ramai yang lupa pada budaya sebegini. Budaya fitrah manusia yang sepatutnya sentiasa hidup dikalangan mereka seolah-olah sudah tiada di dalam kamus kehidupan. Semestinya ungkapan "Terima Kasih" sudah tidak ada apa-apa makna bagi mereka. Tiada lagi rasa kasih dan sayang kepada orang yang memberi, tiada lagi rasa penghargaan terhadap orang mengembirakan hati.

    Jika tidak percaya... Cubalah sendiri menghadiahkan sebutir coklat untuk seorang remaja atau anak muda yang berada disekeliling anda. Lihatlah sendiri reaksi tindak balas mereka. Apakah mereka tertunduk malu atau mengatakan "Tak Payah Lah"... Jauh sekali hendak didengari ungkapan "Ohh Terima Kasih, Maaf Saya Tidak Suka Pada Coklat Ini" atau ungkapan yang sepadan dengannya.

    Jadi... Apakah tindakan sepatutnya yang perlu dilakukan oleh kita? Satu persoalan yang mesti dijawab melalui tindakan serta merta, baik terhadap diri, anak kecil, remaja, belia dan masyarakat sekeliling...

    Terima kasih kepada semua yang sudi membaca tulisan pendek ini...

    Unit Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net