.

Karnival Sukan ISMA Zon Timur

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:

  • Pasir Puteh: 11 Julai, Karnival Sukan ISMA Zon Timur akan berlangsung dalam masa beberapa minit lagi. bertemakan "Bersukan Memupuk Ukhuwwah", karnival kali ini membawa satu agenda baru dalam sukan ISMA, ini jelas dengan kehadiran awal para peserta dari Kuala Terengganu yang tiba pada jam 1.00 pagi, manakala pasukan dari Pahang tiba pada jam 3.00 pagi dan para peserta dari Kemaman pula tiba pada jam 4.30 pagi. Kedua-dua kontijen sanggup menyewa bas, membawa kenderaan sendiri dan membawa penyokong masing-masing untuk memberi sokongan dalam perlawanan kali ini.


    Rata-rata peserta dibahagikan kepada tiga kategori mengikut kawasan masing-masing. Kategori remaja, belia dan dewasa. Kepada para pengunjung diharap bersabar menunggu laporan selanjutnya.


    Unit Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net