.

Karnival Sukan ISMA Zon Timur Penuh Meriah

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:

  • Pasir Puteh: 11 Julai, hampir 200 orang peserta dari Pahang, Terengganu dan Kelantan telah membanjiri padang perhimpunan SMK Kamil Pasir Puteh sejak jam 8.00 pagi lagi, kehadiran yang jauh dari jangkauan sebenar urusetia pengurusan karnival ini pada permulaannya amat mengejutkan, tetapi bantuan dari 6 orang ahli Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) peringkat IPT UMKL menghilangkan resah pihak urusetia pengurusan "Karnival".

    Urusetia dan Unit Bantuan dari PEMBINA IPT UMKL



    Sebahagian peserta sebelum majlis perasmian 'Karnival"

    Mengikut laporan awal dari urusetia "Karnival" bahawa bilangan sebenar para peserta ialah separuh dari kehadiran pada hari berlangsungnya "Karnival sukan ini".

    Ustaz Sharipudin Ab. Kadir ketika berucap merasmikan Karnival Sukan ISMA Zon Timur

    Karnival kali ini telah dirasmikan oleh YDP ISMA Kelantan Ust Sharipudin yang mengalu-alukan kehadiran semua peserta dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya urusetia pengurusan "Karnival" yang telah bertungkus lumus sejak 2 minggu lepas. Katanya juga, tempat sebenar sukan karnival ini ialah di kompleks sukan Panji Kota Bharu tetapi oleh kerana ubah suai sedang dijalankan, maka kami memohon maaf atas apa yang berlaku.

    Ikrar permainan yang dibacakan dengan penuh semangat oleh wakil ISMA Kuala Terengganu saudara Nasyrul Muhaimin

    Lafaz ikrar turut dibacakan oleh para peserta karnival

    Ustaz Mohd Ali membacakan doa sebelum permainan bermula

    Para peserta sedang mengaminkan doa yang dibacakan

    Permainan yang bermula dengan sukaneka baling telor, tiup belon dan pijak belon menggamatkan suasana perlawanan. Kesungguhan penglibatan veteran ISMA kali ini amat mencuit hati dan mencabar peserta belia dan remaja.

    Siapa cepat?!!! Acara tiup belon

    Perlu strategi rapi... Acara pijak belon

    Perlawanan seterusnya diteruskan dengan permainan bola tampar, dan futsal yang dimainkan secara liga mengikut kategori remaja, belia dan dewasa. bagi kategori futsal dewasa dimenangi oleh ISMA Kelantan dan bola tampar pula dimenangi oleh Geliga Qubro walaupun berlaku pertentangan sengit dengan ISMA Kelantan dalam merebut gelaran juara bola tampar.

    Perlawanan bola tampar

    Beberapa orang peserta ketika ditanya tentang masa depan "Karnival" sebegini berkata; "jika ISMA menganjurkan karnival seperti ini secara terbuka khususnya terhadap anak-anak remaja, ianya akan memberi impak besar kepada ISMA itu sendiri".

    Di mana bola? Permainan futsal... menjadi tumpuan bagi semua pasukan

    Tepat jam 6.00 petang berakhirlah "Karnival Sukan ISMA Zon Timur" dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah yang disampaikan oleh YDP dan TYDP ISMA Kelantan. Juara keseluruhan "Karnival" kali ini ialah pasukan ISMA Kelantan sekaligus membawa pulang piala pusingan.

    Semoga "Karnival" seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Unit Media juga menerima khidmat pesanan ringkas selepas berakhirnya karnival dari YDP ISMA Kelantan untuk urusetia "Karnival" yang bertulis sebegini; "Tahniah dan syabas, kerana berjaya kendalikan sukan ISMA, wafaqallahu lana jamii'an (moga Allah memberi taufik kepada kita semua)".

    Unit Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net