.

Kursus Pemantapan Fikrah Julai '09

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:


  • Kota Bharu: Sabtu 18 Julai, seramai 40 orang peserta telah menyertai Kursus Pemantapan Fikrah anjuran ISMA Cawangan Kota Bharu.

    Kursus yang bermula pada jam 9.10 minit pagi itu telah menarik minat para peserta yang datang dari pelbagai tempat.

    Pembentangan tajuk "HAAZAD DEEN" yang penuh bersahaja dari ustaz Sharipudin diselang seli dengan pelbagai kisah mencuit hati membuatkan peserta tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing.

    Ust Sharipudin Ab Kadir YDP ISMA Kota Bharu
    ketika bedah buku bertajuk "Haazad Deen"

    Antara kisah yang diselitkan ialah bagaimana Nabi Allah Adam a.s dan Hawa a.s ditegah dari mendekati pokok khuldi tetapi dipujuk rayu oleh syaitan yang mengatakan bahawa "biarkan aku yang mengambil buah tersebut dan engkau dapat mengecapinya" itulah cara yang digunakan oleh syaitan dalam perencanaannya untuk memperdaya manusia.

    Dalam kursus ini juga ustaz sharipudin turut mengingatkan kembali kepada resolusi wanita ISMA kelantan yang telah diputuskan dalam perkhemahan wanita ISMA Kelantan baru-baru ini.

    Perkara yang paling penting ditekankan dalam resolusi tersebut ialah kebersamaan para suami dalam menjayakan program-program umum dan khusus untuk isteri-isteri yang terdiri dari ahli ISMA.

    Turut disentuh ialah keaktifan para suami dalam menjayakan program umum dan khusus untuk mereka, juga bersifat berlapang dada dalam menerima pendapat yang membina kebaikan dan ketaatan diri kepada Allah s.w.t. Demikian antara resolusi yang dibaca kembali sebagai peringatan untuk semua.

    Dalam kursus ini juga Ustaz Sharipudin turut membentangkan muhasabah khusus dari hati ke hati kepada semua peserta yang terlibat. Persoalan program dalaman, peranan ibu bapa terhadap anak-anak dan beberapa perkara lain yang dirasakan penting. Semoga beberapa sentuhan ini dapat diambil berat oleh semua ahli ISMA Kelantan.

    Unit Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net