.

Slot Jenazah

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in

  • Kota Bharu:
    18 Julai, bertempat di Pustaka Az-Zahra' selepas berlangsungnya Kursus Pemantapan Fikrah, sessi pembentangan berkaitan jenazah diteruskan oleh ustaz Zaidi Muji merangkap Bendahari ISMA Cawangan Kota Bharu.

    Ustaz Zaidi Muji ketika membentangkan slot jenazah

    Dalam mukaddimah pembentangannya beliau mengingatkan semua yang hadir tentang ayat al-Quran yang bermaksud: "Setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian".

    Turut disentuh apabila matinya anak adam terputuslah amalan kecuali sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya.

    Begitu juga kepada seseorang yang mati dan tidak sempat qadha puasa maka walinya (kaum kerabat) hendaklah berpuasa untuknya berdasarkan kepada hadis daripada Aisyah bahawa Nabi S.A.W bersabda: "Sesiapa yang mati dan ke atasnya puasa maka walinya hendaklah menggantikannya".

    Jika si mati meninggalkan puasa 30 hari dan hendak digantikan sekaligus oleh waris terdekat atau orang yang mengenali (dengan mendapat keizinan waris) dalam satu hari seramai 30 orang maka ia dibolehkan.

    Tetapi bagi simati yang meninggalkan puasa kerana sakit dan meninggal akibat kesakitannya maka ahli keluarga kaum kerabatnya hendaklah membayar fidyah sahaja.

    Beberapa perkara adat dan pusaka turut disentuh dalam sessi pembentangan yang serba ringkas tapi penuh padat. Sessi slot jenazah berakhir pada jam 12.00 tengahari.

    Unit Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net