.

Malam Bina Iman & Taqwa (MABIT) Remaja

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,

  • Wakaf Bharu: 16-17 Julai, pihak Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kelantan bersama Pusat Pengajian Mawaddah telah menganjurkan program (MABIT) "Malam Bina Iman & Taqwa " (Remaja) khusus untuk anak-anak remaja bertempat di Pusat Pengajian Mawaddah cawangan Wakaf Bharu, Tumpat.

    Slot tazkirah "remaja dan sosial" oleh Sir Nazri Muhayiddin

    Seramai 22 orang remaja lelaki termasuk fasilitator telah bersama-sama dalam menjayakan kelancaran (MABIT) ini. Sesi pendaftaran yang dibuka seawal jam 6.30 petang (Khamis) mempamerkan kesungguhan para peserta yang sanggup datang awal semata-mata untuk menjadi antara yang terawal mendaftarkan diri.

    Pada waktu yang sama, pihak penganjur turut mengadakan program ini untuk remaja perempuan bertempat di Pusat Pengajian Mawaddah cawangan Kg. Sireh, Kota Bharu dengan bilangan para peserta seramai 19 orang termasuk fasilitator.

    Kembara malam

    Tazkirah pertama yang disampaikan oleh Sir Nazri Muhaiyiddin yang bertajuk “Remaja dan Sosial” begitu menyentuh hati para peserta. Menerusi aktiviti ‘Kembara Malam’ pula, mentaliti para peserta sungguh teruji melalui permainan ‘team building’. Antara aktiviti lain yang turut dimuatkan adalah tayangan klip video, tahajjud jamaei, kuliah subuh dan riadhah pada keesokan harinya.

    Bacaan zikir mathurat

    Alhamdulillah, akhirnya dengan izin Allah program ini berjaya dilaksanakan. Semoga Kelab Remaja ISMA (KRIM) khususnya di negeri ini semakin diterima oleh masyarakat umum lebih-lebih lagi dari kalangan remaja.

    Unit Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net