.

Perkhemahan Wanita ISMA Kelantan 2009

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,

  • Melawi, Bachok; 2 – 4 Julai 2009, Biro Wanita ISMA Kelantan telah menganjurkan satu program perkhemahan khusus untuk golongan wanita di sini baru-baru ini. Program yang bermula pada petang Khamis itu disertai oleh para peserta yang berdatangan dari pelbagai latar belakang dan tempat.

    Biarpun jauh, dek kerana kesungguhan ingin menyertai program perkhemahan ini mereka sanggup berkorban masa, tenaga dan berjauhan dengan suami tercinta serta anak-anak tersayang. Bertemakan “Satukan Fikrah Gerakkan Dakwah, seramai 33 orang peserta telah mengikuti program ini dengan jayanya.


    Program yang berjalan selama tiga hari dua malam itu telah diisi dengan pelbagai program yang menguji fizikal mahupun mental. Slot pengisian lebih kepada pemahaman dan pengisian yang menyentuh hati dan jiwa para peserta.

    Pada hari terakhir, para peserta menerima lawatan khas daripada Ketua Wanita ISMA Pusat, Ustazah Norsaleha bt Mohd Salleh. Dalam kunjungannya itu, beliau sempat memberikan ucapan yang penuh semangat dan sentuhan muhasabah khusus untuk jiwa para peserta dan sekaligus merasmikan majlis penutup dalam majlis tersebut.

    Program berakhir pada pukul 3 petang hari sabtu setelah berakhirnya majlis perpisahan yang diadakan dalam suasana penuh persaudaraan dan ringkas. Inilah semangat yang ditunjukkan oleh wanita negeri Cik Siti Wan Kembang untuk mendukung perjuangan dalam mencapai matlamat “Membina Generasi Harapan”.

    Unit Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net