.

Seruan Kebaikan

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:

  • Subuh:
    Setiap kali Unit Media ISMA Kelantan pergi ke surau atau masjid atau "balaisah" (istilah orang Kelantan) pada waktu subuh hari, sememangnya anak muda remaja dan para belia amat susah untuk dilihat, kelihatan hanya tuan imam yang sudah tua, bilal yang lanjut usia, siak yang kabur matanya.


    Hendak dicari ahli jemaah yang berumur muda atau baru meningkat dewasa amat susah rasanya, jika ada hanya segelintir cuma, itupun tidak kelihatan anak-anak mereka yang baru meningkat usia. Ketika ditanya dimanakah anak pakcik? Jawabannya, ada... Nun... masih membuta... Jawabannya, ada... Nun... Tidak mendengar kata.... Jawabannya ada, sudah pergi kerja dan bermacam-macam jawapan yang entah betul entah tidak.

    Sejarah syahidnya pengasas gerakan HAMAS "As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin" yang ditembak dengan tiga peluru berpandu selepas pulang solat subuh sepatutnya diambil iktibar...

    Gambar As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin, Pengasas Gerakan HAMAS Palestin, beliau digelar SYAHIIDUL FAJR (saksi fajar). "dibunuh syahid semasa pulang dari melaksanakan solat subuh berjemaah"

    Demikianlah sedikit penulisan yang perlu disambung oleh mereka yang mempunyai kepakaran dan merasai sendiri kemanisannya.

    Sehingga kini, Unit Media ISMA Kelantan masih mengalu-alukan artikel pendek yang membina jiwa dari semua pengunjung laman ini. Unit Media ISMA Kelantan mengharapkan tiga artikel perkara asas setiap hari seperti (solat jemaah, "awal waktu bagi wanita", bacaan al-Quran dan zikir mathurat) dapat diterbitkan hasil sentuhan pengunjung laman ini.

    Jika dibuat dalam bentuk salinan ianya tidak diterima, tetapi Unit Media ISMA Kelantan mengharapkan artikel berdasarkan kepada pengalaman peribadi, pengalaman ruhi, jasadi dan juga hasil penyelidikan yang dibuat sendiri. Sebolehnya, artikel yang diketengahkan disandarkan pula rujukannya kepada al-Quran, hadith, sirah salafussoleh dan juga contoh pedoman daripada mereka yang terdahulu telah mendahului kita semua.

    Moga cetusan idea ini mendapat sambutan dari para pengunjung laman ini.

    Sekian, Terima Kasih.
    Unit Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net