.

NAZIM Warnai MABIT 3

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,
  • Seiring MABIT Siri 3 yang dianjurkan baru-baru ini, Nadi Ashbal wa Zahrawat ISMA (NAZIM), yang merupakan anak-anak perintis ISMA turut menyertai sebuah program yang di anjurkan oleh ISMA, di namakan sebagai Qiam NAZIM. Tepatnya, malam tarbiah ini telah mencapai siri yang ke-5 setelah melalui episod-episod yang sebelumnya. Alhamdulillah, seperti yang dirancang program ini berjaya mencapai objektifnya. Tayangan slide dan aktiviti kraf tangan antara slot yang mewarnai Qiam NAZIM untuk kali ini. Tazkirah Rohani turut tidak ketinggalan mengisi ruang antara slot-slot yang dianjurkan. Mudah-mudahan sifat taqwa itu tersemai di dalam jiwa anak-anak perintis ini.


    Alhamdulillah, dengan izin-Nya, program yang dianjurkan ISMA Kelantan ini berjalan dengan lancar. Ucapan terima kasih juga dihantarkan kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun sebaliknya dalam menjayakan program. Semoga Allah memberkati usaha kita semua.

    Unit Editor,
    NAZIM ISMA Kelantan.

    NAZIM PEWARIS PERJALANAN DAKWAH ISMA

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net