.

MABIT Siri Mei Perkasakan Rohani

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,

  • Khamis-Jumaat, 21-22 Mei; Alhamdulillah, seperti yang dilakarkan di atas taqwim perancangan, ISMA Kelantan sekali lagi berjaya menganjurkan program kerohanian yang dinamakan sebagai Malam Bina Iman dan Taqwa untuk kali ketiga (MABIT Siri-3). Berkampung di Tadika Nur Mawaddah, program yang di anjurkan selama semalaman ini berjaya mengumpulkan seramai hampir 70% daripada keseluruhan bilangan ahli dari kalangan Ikhwah dan juga Akhawat. Antara slot yang di isi untuk MABIT kali ini adalah slot pembentangan slide, sesi tazkirah, ha;aqah imaniy, Qiam jamaei, dan riadhah.
    Keesokan harinya bersamaan hari Jumaat 22 Mei, para peserta dari kalangan ikhwah menyertai slot ridhah iaitu bola sepak bertempat di padang bola sepak SMU (A) Maahad Saniah, Pasir Puteh. Bagi kalangan akhawat pula, MABIT kali ini meninggalkan kenangan teristimewa buat mereka - bermain futsal, bertempat di gelanggang futsal Pasir Puteh, mereka buat julung kalinya menyertai riadhah seumpama itu. Di akhir slot, sesi tazkirah disampaikan oleh akh Othman. Tepatnya, tirai MABIT untuk Siri-3 ini berakhir pada pukul 10 pagi.
    Berakhirnya MABIT Siri-3, terlaksanalah sudah satu lagi aktiviti yang dirancangkan di atas taqwim. Insya-Allah, pada episod yang seterusnya pihak ISMA Kelantan akan menganjurkan program ini bersama-sama dengan masyarakat diluar. Semoga keredhaan Ilahi terus mengiringi dalam liku perjalanan dakwah ini. Aqulu Qouli Haza.



    Kru Media,
    Ikatan Muslimin Malaysia,
    Cawangan Kelantan.

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net