.

Qiam NAZIM Kali ke-4

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,


  • Bertepatan hari Khamis 23 April 2009, pihak Akhawat ISMA Kelantan sekali lagi telah menganjurkan program qiamullail Nadi Ashbal wa Zahrawat Ikatan Muslimin Malaysia (NAZIM) untuk kali ke-4 bagi tahun 2009. Bertempat di Tadika Mawaddah Paloh, program ini telah disertai oleh seramai 12 orang dari kalangan anak-anak ikhwah dan akhawat ISMA Kelantan. Beberapa orang akhawat turut terlibat dalam menjayakan program Qiam NAZIM untuk kali ini. Program dimulakan dengan pendaftaran peserta pada pukul 6.30 petang hari Khamis.
    Antara aktiviti yang dimuatkan dalam Qiam NAZIM ini termasuklah tunjuk ajar kepada para peserta tentang cara-cara untuk solat dengan betul, cara wuduk yang sempurna serta sedikit tazkirah serba ringkas yang disampaikan oleh beberapa orang akhawat. Turut tidak ketinggalan dalam program ini ialah aktiviti kesenian iaitu aktiviti mereka cipta origami. Diatas origami tersebut di tuliskan beberapa potong ayat yang berkaitan dengan Islam. Disini dicoretkan beberapa gambar aktiviti mereka...


    "Haa, macam ni yea..."


    Kerjasama itu penting...


    Hasil kreativiti Ashbal


    Awal bangun? .. Nak 'Qiamullail' laa


    Solat Subuh jamaei


    Solat yang khusyuk. Insya-ALLAH..


    Sesi Tazkirah


    Khusyuk mendengar tazkirah


    Antara peserta cilik..


    Sarapan pagi bersama

    Program ini berakhir pada keesokan harinya pada pagi Jumaat bersamaan 24 April. Alhamdulillah, dengan izin-Nya Qiam NAZIM pada kali ini berjalan dengan lancar biarpun terdapat beberapa kesulitan. Namun, ianya berjaya di atasi. Diharapkan pada program-program NAZIM yang akan datang ianya akan disertai dengan lebih ramai lagi peserta dari kalangan anak-anak ikhwah dan akhawat ISMA.
    Sekian dari Editor, Salam Mahabbah buat semua.

    "NAZIM PEWARIS PERJALANAN DAKWAH ISMA"

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net